Categories: Uncategorized

Dipukul Suami Sehingga Lebam-Lebam Kerana Fatin Afeefa, Isteri Ini Buka Bukti Satu Persatu?

Share

Korang masih ingat tak dengan kisah seorang ‘wanita’ telah berani mati membuka semua pekong kononya suaminya itu mempunyai scandal dengan seorang pelakon kecik molek iaitu Fatin Afeefa?

Fatin Afeefa Sering Ajak Suami Orang Tidur Di Rumah Sewanya?

Baru-baru ini melalui twitter beberapa hari lalu, wanita ini telah memuat naik sekali lagi beberapa gambar ‘bukti’ dirinya dipercayai telah dipukul dengan hanger kerana menuduh kononnya suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan Fatin.

Malah, wanita yang dikenali sebagai Hanna Marie ini memberitahu telah diminta untuk memadam akaun twitternya sebab malu segala aibnya dibuka.

Bukan itu sahaja, Hanna seakan benar-benar berang dengan apa yang terjadi dan menjelaskan Fatin telah ke Miri bersama suaminya.

Hanna turut menjelaskan, walaupun ada beberapa pihak menganggap dia hanya menabur fitnah ke atas Fatin namun sedikit demi sedikit segala kebenaran terbuka dan ingin semua ini berakhir.

Aduh seriouslah, macam-macam betul, ingatkan isu ini dah habis rupanya masih hangat diperkatakan. Apapun MH harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan terbaik.

Tetapi bagi MH, kesian juga jika perkara ini hanya sekadar tuduhan melulu harap-harap jika benarlah mereka berdua ingin selesaikan isu ini bersama, baiklah sama-sama berjumpa atau cari solusi yang lebih baik untuk selesaikan perkara ini.

 

IKLAN