Pengacara Gegar Vaganza (GV), Jihan Muse tampil menjelaskan kekeliruan seterusnya menjelaskan situasi  gara-gara ada pengguna media sosial yang mempersoalkan keberadaannya di GV7, malam tadi.

Ini kerana, spekulasi mulai timbul selepas ada yang mengaitkan Jihan Muse yang dilihat bersama Alif Satar telah mengacarakan projek XTravaganza With Xpander anjuran sebuah jenama kenderaan antarangsa bersama, baru-baru ini.

Alif memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19 dan perkara tersebut dimaklumkannya menerusi satu hantaran di Instagram. 

“Kepada yang bertanya, saya akan buat sedikit clarification… Berkenaan dengan Alif Satar sekarang… Okay, yang tanya saya yang buat program itu sebenarnya ditayangkan semalam (Sabtu).

“Tapi sebenarnya itu adalah program rakaman yang telah kami rakam lebih kurang dua minggu lepas macam tu.

IKLAN

“Jadi saya sudah berhubung dengan manager Alif dan semua pihak yang terlibat, ia bukan dalam lingkungan waktu yang dikaitkanlah.

“Tapi walaumacammana pun, kita tetap doakanlah semoga Alif cepat sihat dan juga orang di sekelilingnya,” pohon Jihan. 

IKLAN

Sementara itu, Jihan menerusi Insta Stories antara lain turut memaklumkan dirinya bakal menjalani ujian swab selepas ini.

“Saya tetap jalankan tanggungjawab saya besok (hari ini) atau pun selepas habis GV ini saya akan buat juga test.

IKLAN

“Jadi apa yang saya boleh lakukan pada malam ini adalah… kerja perlu dibuat dan saya perlu menjaga SOP semaksima yang boleh.

“Orang di sekeliling saya pun ada SOP, semuanya pakai glove, pakai mask alhamdulillah. Kita doalah yang baik-baik.

“Moga semuanya berjalan dengan lancar. Jadi malam ni jangan lupa tengok GV, orait,” katanya lagi.

Media pada Ahad turut melaporkan, Alif kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Melaka.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI