Pelakon jelita, Ruhainies reda dengan segala dugaan yang menimpa dirinya sepanjang tahun 2024 ini.
Menurut Ruhainies, dia menganggap setiap ujian yang berlaku ini sebagai satu pengajaran yang akan mematangkan dirinya sebagai seorang manusia.
“Ya, tahun ini penuh dengan dugaan. Namun, saya tak boleh nak kata dugaan saya itu berat. Orang lain lalui dugaan lebih berat berbanding saya.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan pada tahun ini. Bila kita diduga, itu bermakna Allah sayang.
“Saya juga banyak belajar perkara baharu pada tahun 2024. In sha Allah, pada tahun ke depannya, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada MH.
Terpalit kes tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah ini tetap percaya kebenaran akan pasti terbukti satu hari nanti.
Ads
“Nak kata kalis kecaman, saya juga manusia biasa. Namun, saya tak boleh terlalu ambil hati. Setiap orang ada pandangan masing-masing dan mereka juga tak tahu perkara sebenar sampai sekarang.
“Namun, saya di sini bukanlah nak memanjangkan isu lagi. Saya rasa hal ini sudah basi. Kita nak mulakan hidup baharu. Buat apa lagi nak ungkit cerita-cerita lepas.
“Yang lepas biarlah berlalu. Pada masa hadapan, kebenaran akan menang,” ujarnya lagi.
Ads
Ruhainies Mahu Berdamai Dengan Takdir
Meskipun kontroversi ini memberi impak yang sangat besar buat dirinya, Ruhainies memaklumkan dia enggan lagi berdendam dan mahu berdamai dengan takdir.
“Nak melupakan memang mustahil. Perkara yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang kecil. Kita letak tepi soal konspirasi. Biar orang yang berkaitan dan Allah sahaja tahu.
“Saya tak boleh nak bercakap lebih. Saya hanya mahu positif. Saya tak mahu berdendam. Perkara itu hanya akan menyekat rezeki kita.
Ads
“Saya hanya mahu bahagia dan fokus pada diri sendiri. Sejak dahulu lagi saya memang begini. Saya tak pernah ganggu orang. Mungkin saya kena berhati-hati dengan penyakit ain,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya bila namanya dilabel sebagai artis paling kontroversi pada tahun 2024, ini reaksi Ruhainies;
“Sudah tentu saya tidak gembira. Sepanjang 10 tahun terakhir dalam industri, saya sangat menjaga reputasi. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Saya tak boleh nak harapkan hidup ini penuh pelangi sahaja. Pasti ada badai yang harus kita lalui,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding kes khalwat diantara Ruhainies dan Aliff akan bersambung pada 20 dan 27 Febuari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Buat julung kali lagenda rock, Datuk Awie bakal membuat kemunculan epik menerusi sebuah konsert yang diberi nama TRIAD yang menyaksikan bintang yang terkenal dengan lagu Tragedi Oktober itu akan tampil sebagai penyanyi utama untuk tiga kumpulan rock.
Tiga kumpulan ikonik berkenaan ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya (kini dianggotai Lan Taro, Eddie Def Gab C, dan Pae).
Ditubuhkan pada tahun 1998, Dragon Malaya merupakan kumpulan pengiring untuk persembahan-persembahan solo Awie sebelum ini, termasuk di dalam projek album solonya iaitu Rentap, selain lagu-lagu ikonik seperti Kuda Tiga Kaki dan Bumi Kita Ada Naga.
Konsert anjuran oleh Rumah Produksi Merah itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Februari 2025 jam 8.30 malam.
Lebih istimewa, konsert berkenaan bakal melakar nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
“TRIAD adalah tentang penyatuan atau menyatukan bunyi, tenaga, jiwa, dan semangat rock yang sebenar. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu malam di mana sejarah akan tercipta, dan semangat Rock akan terus hidup.
“Alhamdulillah dan sudah pastinya saya teruja untuk bersama-sama dengan peminat dan rakan-rakan lagenda yang lain di atas pentas yang luar biasa ini,” katanya.
Awie turut menambah, konsert berkenaan juga merupakan satu impian jadi kenyataan memandangkan usaha untuk menggabungkan tiga band ikonik bersama seorang penyanyi bukan satu tugas yang mudah.
“Ia memerlukan doa, fokus, dedikasi, dan komitmen untuk memastikan kesihatan serta stamina berada di tahap maksima.
“Semua ini perlu diperhatikan demi memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong seni tanah air. Dengan izinNya, Insya-Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian menerusi laman web ubertickets.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita mengenai pelakon yang juga Dewi Remaja 2014/15, Raysha Rizrose yang kini selamat bergelar ibu selepas bersalin anak pertamanya mencuri perhatian ramai.
Malah berita gembira yang dimaklumkan Nelydia menerusi hantaran terkininya di Insta Strories, pada Ahad nyata menjadi berita mengujakan buat para peminat setianya.
“Adik kesayangan yang suatu ketika dulu selalu ada di mana saya berada dan sering gaduh bersama, kini sudah dikurniakan bayi.
“Menyambut kedatangan tahun baru dengan pertambahan ahli di dalam keluarga, syukur alhamdulillah atas segala rahmat yang diberikaNya.
“Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini dengan barakah dan kasih-sayang berpanjangan,” kongsi Nelydia menerusi ruangan kapsyen Insta Stories.
Nelydia pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat Raysha, sekali gus percaya Raysha mampu menjadi ibu terbaik buat permata hatinya.
Malah, penampilan Rasya yang baru sahaja melahirkan zuriat turut menerima pujian ramai kerana kekal cantik dan menawan.
Reaksi tersebut boleh dilihat menerusi posting video yang dikongsikan di MH di TikTok. Antaranya;
“Raisha lepas bersalin pun berseri, cantik.”
“Dah bersalin pon cantik. Aku kenapa macam mak lampir…?”
“Lawa Raysha ni. Flawless muka dia. Tak payah mekap dah lawa, suka tengok.”
“Baru lepas bersalin pun lawa.”
“Serious aku lupa dia dah kahwin, by the way congrats. Comel.”
Selain yang memuji, tidak kurang yang menitipkan ucapan tahniah dan selamat berpantang buart Raysha.
Setakat ini, sedutan video berkenaan sudah ditonton hampir 300,000 kali.
Terdahulu, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 28, mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi majlis gender reveal yang diadakan pasangan berkenaan, awal Oktober lalu.
Sekadar informasi, Raysha dan Nabil Jeffri mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Korea Selatan, Park Min Jae meninggal dunia pada usia 32 tahun pada 29 November 2024. Menurut laporan, kematiannya itu disebabkan masalah serangan jantung ketika sedang berada di China.
Berita kematian pelakon tersebut dikongsikan oleh adiknya pada Isnin lalu tiga hari selepas kematiannya.
Perkongsian tersebut dikhabarkan kepada umum bagi memberi maklumat mengenai majlis pengebumian yang akan berlangsung pada hari ini tanggal 4 Disember 2024.
Menurutnya, mereka yang ingin menziarahi mendiang boleh berbuat demikian di dewan pengebumian Hospital Ewha Seoul.
“Abang saya yang dikasihi telah pergi berehat dengan aman. Kami berharap seramai mungkin orang boleh datang melawat,” ujar adik kepada pelakon itu.
Agensi Big Title yang mewakili Park Min Jae turut mengeluarkan kenyataan media mengenai berita kematian pelakon tersbeut
“Park Min Jae, seorang pelakon berbakat yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia. Kami amat menghargai kasih sayang dan sokongan yang diterima.
“Walaupun kami tidak dapat lagi menonton persembahannya, kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon terkenal Big Title. Semoga beliau berehat dengan tenang,” kongsi kenyataan tersebut.
Selain muncul dalam drama Little Women, antara lakonan lain mendiang adalah menerusi karya seperti Mr Lee, Snap and Spark,Korean- Khitan War dan Numbers.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...