Kumpulan remaja, Da Uknown tidak menafikan ada ketikanya mereka terasa hati dengan kecaman melampau yang diberikan netizen di media sosial.
Bagaimanapun mereka memilih untuk tidak memberikan reaksi balas terhadap kecaman yang diberikan. Sebaliknya terbuka seterusnya cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada.
Popular dengan lagu Jangan Marah (Baby Sayang), kumpulan berkenaan dianggotai lima belia iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 20, Adam Hafidh (MaryHaf), 20, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 19, Ameer Nor Azam (Ameer), 19, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 18.
“Bagi saya, ia sesuatu yang tidak dapat dielak. Walau ada yang beri komen membina dan positif, tapi saya tidak nafi ada juga kritikan yang ekstrem.
“Misalnya ada yang komen kata kami ‘budak belum akil baligh’. Saya pula yang paling muda di antara mereka,” kata Zaq di majlis berbuka puasa Ace Talents & Perlancaran Lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Ampang pada Jumaat.
Majlis sama turut dimeriahkan dengan kehadiran Ruffedge, Chubb- E, Unknown dan Moleque.
Ads
Sementara itu bagi Momo, antara komen yang paling diingatinya ialah apabila mereka dituduh cuba meniru kPop.
“Ada juga yang cakap kami perosak industri selain kononnya kami ‘berkiblatkan’ BTS memandangkan kami menampilkan lima orang sebagai ahli kumpulan.
“Memanglah terasa, siapa tak terasa kan bila dikritik sebegitu? Kami berusaha dan keluarkan lagu-lagu yang terbaik, tetapi orang beri kritikan yang menjatuhkan, ibarat usaha kami sia-sia.
“Mengenai BTS, kami tak tiru langsung. Kami mempunyai identiti sendiri. Kebanyakan kritikan sedemikian, kami tidaklah komen balik. Hanya diam dan kami hanya membiarkan sahaja.
Ads
“Apa pun, saya dan rakan lain akan cuba memperbaiki diri seterusnya terus berikan kualiti kerja yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Ditanya mengenai populariti lagu yang lebih dikenali berbanding tuan punya suara, Da Unkown mengakui perkara itu.
“Lagu terbabit (Jangan Marah) mulanya viral di TikTok. Alhamdulillah, kami anggap itu satu permulaan yang baik meski masih ada yang tidak mengenali kami sepenuhnya.
“Kami jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha kuat, hasilkan lagu yang baik. Kini kami tampil dengan lagu Tersakiti. Setakat ini, maklum balas yang diterima sangat positif,” kata Zaq pula.
Ads
Dalam pada itu, Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents optimis lagu OoTD Raya bakal mendapat tempat di hati peminat memandangkan single nyanyian Moleque, Da Unknown, Zarol Zarif, Aliff idham dan Al Farabi itu mempunyai keunikan tersendiri.
“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu OoTD Raya ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.
“Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.
Muzik video OoTD Raya dicipta Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent ini akan dilancarkan pada 11 April jam 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Jasmin Hamid berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bekas bapa mentuanya, Johari Macquistan telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Khamis.
Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Jasmin menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Jasmin, meskipun hanya sempat bergelar menantu selama setahun, namun, hubungannya bersama bapa mentua tidak pernah terputus.
“Allah maha baik. Setahun Allah beri saya peluang untuk berbakti kepada Johari Macquistan. Terima kasih Allah.
“Walaupun arwah adalah bekas bapa mentu saya dari perkahwinan pertama saya tapi arwah tetap ayah saya hingga akhirat kerana kami tak batal wuduk.
“Dad meninggal kerana sakit tua. Wajahnya Arwah dad persis seperti dad sedang tidur masa meninggal,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menguruskan jenazah bapa mentuanya itu.
“Khamis pagi hujan lebat seperti petanda kesedihan yang akan kami hadapi. Sebelum Zohor, saya terima panggilan bahawa dad dah tak ada. Saya minta izin suami untuk tolong uruskan jenazah dad.
“Syukur alhamdulillah, rezeki dad dan semua urusan berjalan dengan lancar dan cepat sehingga ke liang lahat,” kongsinya lagi.
Menerusi sebuah lagi entri berasingan, Jasmin bersama anak lelakinya turut dilihat berada di samping arwah sewaktu dalam perjalanan menuju ke tanah perkuburan.
Pada masa sama, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik buat bapa mentuanya itu.
“Terima Kasih pada saudara mara, jiran tetangga, kenalan, khariah masjid dan perkuburan yang membantu kami menguruskan hal jenazah arwah hingga ke liang lahat.
“Terima Kasih juga pada kalian yang panjatkan doa buat arwah dan ucapan Takziah buat kami sekeluarga. Love you so much dad mati itu pasti, katanya lagi.
Sekadar informasi, Jasmin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan Ian Rashid Macquistan sehingga dikurniakan seorang anak lelaki, Ian Haziq
Bagaimanapun, Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 2008.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika bertanding di dalam Dewi Remaja 2019, Adriana Ghafar masih lagi seorang pelajar dalam jurusan undang-undang Universiti Malaya.
Usai pertandingan yang mana dirinya bergelar naib juara, gadis tinggi lampai ini meneruskan pengajianselain menceburkan diri dalam dunia lakonan serta bergelar pembaca berita. Kini dia sedang membina kerjaya guamannya sebagai pelatih dalam kamar.
Tidak melupakan kecintaannya kepada dunia seni, kemunculan Adriana dalam dunia sastera merupakan manifestasi visinya untuk mendemokrasikan dan menjadikan puisi sebagai karya yang bersifat lebih inklusif.
“Sebelum ini, puisi lazimnya dianggap sebagai karya yang sukar difahami, bersifat tradisional dan khusus untuk golongan elit intelektual. Persepsi ini menjauhkan golongan pemuisi muda yang baru muncul dan ingin berkongsi karya mereka secara terbuka.
“Diinspirasikan oleh pemuisi-pemuisi kontemporari, saya berhasrat untuk mempopularkan puisi dan membebaskan ia daripada ruang bilik darjah dan golongan elit,” kongsi Adriana.
Buku puisi yang diberi nama Everything In Between ini mengandungi mesej khusus untuk golongan wanita dan anak muda yang mencari ketenangan jiwa, inspirasi, dan kekuatan dalam mendepani cabaran hidup.
“Everything In Between adalah projek yang dekat di hati saya dan ia cerminan intim kepada perjalanan hidup saya yang disampaikan menerusi puisi-puisi yang dihasilkan dalam tempoh 12 tahun. Saya berhasrat untuk memotivasikan dan memperkasa orang lain agar terus kental dalam mengharungi cabaran hidup.
“Di samping itu, saya berharap agar buku ini menyalakan semangat dalam kalangan generasi lebih muda dan golongan yang terpinggir untuk menjadikan puisi sebagai platform penzahiran diri, menjuarai isu-isu yang dekat di hati mereka dan menginspirasi perubahan yang bermakna,” kata Adriana lagi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha menyebarkan rezeki dan berkongsi kebahagiaan bersama pelanggan setia, penyanyi Noraniza Idris bersama pasukannya, tampil dengan inisiatif Golden Voucher yang dimasukkan secara rawak...