Categories: Uncategorized

Dikata Masih Tak Move On, Ubah Imej Supaya Nampak Frust. “Saya Boleh Ada Girlfriend Baru Bila-Bila Je,” Sufian Suhaimi Selar Individu Ini

Share

Penyanyi Sufian Suhami ada berkongsi foto menyatakan rasa rindu terhadap sahabat selebriti, Zynakal yang baru-baru ini terhimpit dengan insiden kontroversi baru-baru ini.

“Rindu,” kapsyen ringkas yang ditulis penyanyi Di matamu ini bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai di kalangan netizen.

Mungkin perlu memberikan penjelasan terhadap kaspyen yang ditulisnya itu, Sufian yang sinonim disapa Pian dilihat ada meninggalkan reaksi terhadap salah satu komen netizen yang sepertinya menempelak Pian.

Tidak semana-mana, individu tersebut meminta Pian agar mencari jodoh sebagaimana yang digariskan Rasulullah selain bertanya mengenai imejnya yang dikatakan tidak terurus.

“Apa ni makcik. Saya jarang reply komen orang tapi makcik nampak risau betul. Ni gambar saya baru lepas menyelam laut. Mungkin sebab tu rambut tak tersikat kemas.

“Saya dah lama move on. Saya boleh ada girlfriend baru bila-bila je saya nak. Cuma belum masanya lagi. Orang yang saya rindu tu kawan saya.

“Dia sakit. Dalam hospital sekarang. Cuba swipe left. Kalau tak reti swipe left minta tolong siapa-siapa yang ada dengan makcik,” balas Pian sinikal lalu mendapat lebih ribuan tanda suka.

Malah menerisi ruangan komen lainnya, rata-rata netizen mempertahankan kapsyen Pian memandangkan foto yang dikongsi sebenarnya tidak membawa maksud seperti dinyatakan individu terbabit.

 

 

IKLAN