Uncategorized

Digelar Pelakon Senja, Ini Jawapan ‘Vazz’ Jasmin Hamid

Share

Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan kekesalannya apabila dia dikecam hanya kerana ‘like’ komen peminat di laman Instagram, hari ini.

Katanya, dia tidak sangka tindakannya itu membuatkan dia digelar ‘pelakon senja’ dan ‘berlagak’.

“NAUZUBILLAH ……Jadilah orang yang sentiasa BERSYUKUR walaupun hanya di ‘like’ komennya dari TAK ‘like’ LANGSUNG.

 

“Itu sudah cukup memberikan penghargaan di atas komen anda bahawasanya saya PRIHATIN tentang komen anda.

 

“Ini tak, DI BAHASAKAN kita lagi ada. PELAKON SENJA dan BERLAGAK katanya.. Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan usia kamu agar kamu DAPAT MERASA zaman SENJA macam saya.

 

“JANGAN LUPA, bukan anda seorang saja yang KOMEN.. Mana yang saya ‘like’ komen tu, bermakna saya PRIHATIN dan HARGAI.

 

“Mana komen yang NEGATIVE, KATA KESAT dan MEMBAWANG , saya akan terus DELETE dan BLOCK sebab saya tak mahu FOLLOWERS saya bercampur dengan orang -orang NEGATIVE!

 

“RUGI BESAR.. Hebat Bukan?,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai peminat memberikan kata-kata semangat buat pelakon Halalkan Hati Yang Ku Curi itu.

Pada MH, sememangnya bergelar seorang selebriti ini perlukan seseorang untuk mempunyai hati yang kental. Kalau tidak, memang menangis di bucu katil lah setiap kali dikecam.

Apa-apapun, MH harap Jasmin bertabah dengan semua ini. Tidak semua orang akan suka dengan apa yang kita buat kan?

Foto/Instagram: Jasmin Hamid

IKLAN