Percubaan pertama Didie Shazry menyertai program realiti nyanyian nyata membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai juara sulung Raise The Star Malaysia (RTSMY), malam tadi.

Menurut Didie, dia tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang memandangkan semua finalis turut menampilkan persembahan hebat.

Didie Shazry Juara Sulung RTSMY, Mahu Kongsi Wang Hadiah Dengan Kakak – “Dia Sanggup Berhenti Sekolah Untuk Jaga Kami.”

“Pada malam tadi, saya sudah berikan persembahan terbaik dan serah segalanya kepada Allah SWT. Menang atau tidak, itu semua rezeki yang sudah tertulis.

“Saya memang tak menjangkakan langsung mengenai keputusan ini. Setiap finalis juga pamerkan persembahan luar biasa.

“Ini kali pertama saya sertai pertandingan sebesar ini dan alhamdulillah dinobatkan sebagai juara. Ini perasaan yang sukar untuk digambarkan,” katanya.

Didie berkata demikian ketika ditemui selepas konsert akhir RTSMY di Royal Theatre Shah Alam, Ahad malam.

Pengorbanan Kakak Jadi Inspirasi

Penyanyi asal Sabah itu turut mendedahkan hasrat untuk berkongsi wang kemenangan bernilai RM30,000 bersama kakaknya, Asniza Norsita, yang banyak berkorban membesarkan adik-beradik mereka.

Ads

Didie Shazry Juara Sulung RTSMY, Mahu Kongsi Wang Hadiah Dengan Kakak – “Dia Sanggup Berhenti Sekolah Untuk Jaga Kami.”

“Separuh daripada wang kemenangan ini, saya ingin berikan kepada kakak saya. Dia juga layak untuk merasai kejayaan ini.

“Ketika usia saya sembilan tahun, ibu bapa saya memutuskan untuk bercerai. Kedua-dua mereka memilih untuk membawa haluan sendiri.

“Kakak yang berusia 16 tahun ketika itu sanggup berhenti sekolah agar adik-adik lain dapat meneruskan persekolahan. Dia sangat berjasa dalam hidup saya,” ujarnya lagi.

Menurut Didie, kakaknya adalah sumber kekuatan yang mendorongnya untuk terus berjuang hingga kini.

Ads

Didie Shazry Juara Sulung RTSMY, Mahu Kongsi Wang Hadiah Dengan Kakak – “Dia Sanggup Berhenti Sekolah Untuk Jaga Kami.”

“Saya tak pernah maklumkan kepada kakak sebelum ini. Namun, ini memang niat saya. Kakak juga hadir menyaksikan persembahan saya di konsert akhir dan separuh akhir.

“Saya terbangkan dia dari Sabah ke Kuala Lumpur. Setiap minggu dia selalu pesan agar saya tetap tenang, jaga hubungan baik dengan semua orang, jangan terlalu berfikiran kompetetif dan ikhlas untuk menghiburkan orang,” kongsinya lagi.

Bercerita lanjut, Didie berkata dia pernah dibesarkan oleh keluarga angkat yang banyak memberinya pendedahan tentang muzik.

Ads

Didie Shazry Juara Sulung RTSMY, Mahu Kongsi Wang Hadiah Dengan Kakak – “Dia Sanggup Berhenti Sekolah Untuk Jaga Kami.”

“Saya duduk bersama kakak sehingga darjah enam. Kemudian, saya dijaga oleh keluarga angkat. Bapa angkat saya inilah yang banyak mengajar saya tentang muzik.

“Ketika saya berusia 16 tahun, bapa angkat saya meninggal dan saya kembali ke pangkuan kakak,” akhirinya.

Pada malam kemenangan itu, Didie berjaya menewaskan sembilan peserta lain menerusi lagu Melompat Lebih Tingginyanyian Sheila On 7 dan single baharu ciptaan Aina Abdul berjudul Peganglah Hati.

Didie Shazry Juara Sulung RTSMY, Mahu Kongsi Wang Hadiah Dengan Kakak – “Dia Sanggup Berhenti Sekolah Untuk Jaga Kami.”

Naib juara disandang oleh Zuana, tempat ketiga milik Rayme, manakala Hariz Fayahet dan Keka masing-masing berada di kedudukan keempat dan kelima.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads