Anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam memohon maaf sekiranya penglibatan kumpulan tersebut di Gegar Vanza 5 tidak menyenangkan mata dan telinga netizen.
Katanya, Forteen telah melakukan yang terbaik dan hanya ingin menghiburkan para peminat mereka.
Kenyataan maaf itu telah dimuat naik oleh Izzue menerusi laman Instagram miliknya.
“Muka rabak dibelasah sbb suara tak sedap. Apepon kami dah buat yang terbaik sepanjang kami di GV5. Kami sendiri tak sangka dapat sampai ke Semi Final.
“Pada kami itu sudah memadai. Niat kami cuma untuk menghiburkan, andai tidak menyenangkan mata & telinga anda, kami minta maaf. i love you,” tulisnya.
Tambah Izzue, dia sendiri tidak menyangka kumpulan Forteen berjaya meneruskan perjalanan di dalam GV5 sehingga minggu separuh akhir.
Ads
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat kepada Izzue untuk terus berkarya bersama anggota kumpulan Forteen yang lain.
Ads
Terdahulu, Forteen gagal melayakkan diri ke konsert akhir Gegar Vaganza 5 selepas tersingkir bersama seorang lagi peserta, Hetty Sarlene.
Foto: Instagram Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Semuanya berjalan dengan lancar dan terima kasih kerana menonton Big Stage 5.”
Demikian reaksi pengacara Big Stage 5 (BS5) Elly Mazlein mengenai komen yang diberikan segelintir warganet yang seolah-olah kurang senang melihat penampilan bintang berkenaan ketika mengenalikan program itu, malam tadi.
Elly yang mesra disapa Kak Lina tampil mengenakan persalinan jaket senteng dalam rona perak lengkap dengan padanan skirt labuh bawah lutut.
“Tidak mengapa, kita sentiasa kena positif. Apa sahaja (yang ditulis) di Twitter ke apa tak apa saya okay. Sebab saya juga dapat banyak sokongan daripada mereka juga. Jadi kalau ada yang tegur ke saya okay dan hormati. Kerja tetap jalan seperti biasa,” katanya kepada MH.
Mahu terus perbaiki demi memberikan yang terbaik, penyanyi lagu Dusta Cinta ini bagaimanapun mengambil maklum akan nasihat serta teguran membina warganet terhadapnya.
“I love netizen… bukannya apa sebab apa yang saya nampak, ada di antara mereka yang sebenarnya banyak membantu dalam perjalanan karier seni saya juga. Kita tidak boleh sikit-sikit nak sentap, melenting. Tak payah.
“Sebab mungkin ada yang diperkatakan oleh mereka itu betul. Masing-masing punya hak untuk membuat sebarang komentar. Saya menghormati segala pendapat.
“Saya tak pernah nak marah sebab saya berada di sini dan diterima pun kerana mereka juga. Tak boleh nak kecil hati. Kita pula sudah 18 tahun (dalam industri) tak kan sikit-sikit nak sentap,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur dengan gaya mengacaraannya bersama rakan hos, Rina Nose meski pertama kali digandingkan bersama di atas satu pentas secara langsung.
“Sebagai hos kita cubalah memberikan yang terbaik dan saya bersyukur kerana ‘combo’ Kak Lina dan Rina ini diterima. Bukan senang nak buat orang ketawa. Memang kami menjadi pengacara sebuah rancangan pertanding, tetapi pada masa sama kita selitkan juga jenaka dan elemen humor.
“Sebab kita mainkan peranan iaitu selain penonton melihat sebuah pertandingan, pada masa sama mereka juga boleh berhibur. Tidaklah sekarang ada pertandingan sahaja, tak best… kena ada ‘warna,” katanya.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari AuditoriumMBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Terdahulu dalam minggu ketiga saingan, penyanyi Naufal Azrin diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Rita Rudaini ada berkongsi cerita mengenai sambutan raya tahun ini bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Meski disambut secara sederhana dan tidak berpeluang untuk menikmati Syawal di kampung halaman di Perlis atas situasi semasa yang berlaku, bintang cantik ini bagaimanapun tetap membuat persiapan pelengkap Aidilfitri.
Perkara itu dikongsikan Rita menerusi Berita Harian.
“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling hiba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.
“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVID-19 yang melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja.
“Anak-anak sukakan ketupat, hidangan wajib setiap kali raya. Mereka gemar makan bersama gulai daging air tangan Mama. Oleh itu, saya menempah ketupat dan memasak gulai daging sendiri mengikut resipi yang diminta daripada Mama,” katanya seperti yang dipetik.
Malah, dua anaknya itu turut menyangka ada tetamu yang bakal hadir mengenangkan menu yang dimasak dalam kuantiti yang banyak.
“Kerana terlalu banyak juadah dimasak, anak-anak menyangka ada tetamu datang ke rumah. Keluarga dan sepupu terkejut apabila melihat hidangan tersedia atas meja apabila saya membuat panggilan video.
“Mereka kagum melihat saya mampu memasak pelbagai jenis juadah, sedangkan selalunya saya hanya masak menu tertentu sahaja apabila balik kampung. Selebihnya, disediakan oleh Mama,” kata Rita.
Sementara itu pada pagi raya pula, Rita berkata, dia sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah.
“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat untuk ibu dan adik, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz.
“Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” akuinya jujur.
Rita pada masa sama turut beri fokus terhadap perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu.
Sumber : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, penyanyi Tom menyifatkan segalanya yang berlaku terhadap dirinya ketika ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
Menurut Tom, disebabkan tidak tahan dengan bau asap rokok, dia kini sudah seminggu berjaya meninggalkan tabiat yang sudah pun diamalkannya sejak remaja itu.
“Walaupun alahan kali ini sangat-sangat teruk tapi saya gembira. Dengan alahan ini, saya dapat berhenti merokok.
“Saya hisap rokok daripada umur 16 tahun. Akhirnya, sudah seminggu saya tak sentuh rokok langsung sebab tak boleh bau asap rokok,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Malah, penyanyi lagu Redha ini juga berhasrat untuk meninggalkan terus tabiat yang membahayakan kesihatan itu meskipun selepas melahirkan cahaya mata.
“Selepas ini, Insyaallah tak nak sentuh rokok lagi. Kalau boleh selamanya,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, hasrat Tom untuk menimang cahaya mata pertama bersama Fuad tidak kesampai selepas dia dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungan baru mencecah tiga minggu.
Tidak lama selepas itu, Fuad memaklumkan khabar gembira mengenai kehamilan kedua isterinya itu.
Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...