Pernah memasang impian untuk berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, pelakon dan pengacra, Sherry Alhadad tetap percaya dengan perancangan yang telah diaturkan Allah SWT.
Menurut Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, dia tidak pernah tersinggung bila ada pihak yang bertanyakan bilakah dia bakal berkahwin.
“Saya memang nak berkahwin. Cita-cita saya ketika tingkatan lima dahulu, pada tahun 2020, saya sudah berkahwin dan punyai tiga orang anak.
“Namun, kita hanya boleh bermimpi dan berangan. Jodoh dan ajal itu di tangan Tuhan.
“Kenapa pula nak tersinggung bila orang tanya bila nak kahwin. Mungkin mereka nak berbual sahaja,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Khunsa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Gempak Most Wanted Awards, baru-baru ini.
Pada masa sama, Sherry tidak menolak kemungkinan ramai lelaki yang takut untuk mendekatinya dek kerana kehidupannya sebagai seorang selebriti.
Ads
“Pada saya, mungkin ramai lelaki yang takut nak dekat dengan saya kerana mereka mengatakan saya terlalu dominan dan high maintenance. Padahal saya bukanlah high maintenance pun.
“Saya seorang yang sangat mudah dan tenang sahaja. Mungkin mereka juga nervous melihat saya sebab asyik bergurau sahaja dan entah bila masa nak serius.
“Mungkin mereka ingat susah nak menyaingi energy saya. Mungkin selepas ini saya akan lebih bersopan santun,” ujarnya lagi.
Asalkan Bertanggungjawab
Katanya lagi, dia juga tidak kisah dipertemukan lelaki yang berpendapatan lebih rendah asalkan bertanggungjawab.
Ads
“Saya okay sahaja. Saya pun tiada ciri-ciri lelaki idaman yang tetap. Kalau lelaki itu boleh dibawa berbual, berbincang dan seorang yang bertanggungjawab, okay sahaja.
“Jika pendapatannya kurang daripada saya, saya terima. Saya ini orang biasa sahaja. Cuma pekerjaan saya sahaja di hadapan tv dan orang melibat macam glamour.
“Padahal, saya tetap manusia normal macam orang lain,” katanya lagi.
Tambah Sherry, dia juga terbuka untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuk yang berstatus duda.
Ads
“Saya okay sahaja kalau lelaki itu berstatus duda asalkan sifatnya baik. Saya pun memang suka manjakan kanak-kanak. Kalau pasangan saya ada anak, itu bonus buat saya.
“Saya pun dah berusia, jika ada anak ‘segera’ apa salahnya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sherry akui kesibukkan jadual kerja membuat dirinya bertemu dengan orang baharu.
“Berkerja di dalam industri ini, saya asyik berjumpa dengan orang sama sahaja dan kebanyakkan mereka sudah berkahwin. Saya pula tak sempat nak keluar dan berjumpa orang baharu.
“Circle saya sangat kecil. Saya pula tak suka nak cari pasangan melalui sosial media. Saya lebih suka komunikasi secara berhadapan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Media sosial hari ini diibaratkan seperti teman rapat kita dalam menjalani kehidupan harian. Disitulah tempat untuk meluahkan bicara hati, disitu jualah ruang untuk berkongsi momen indah dan tidak kurang juga, platform untuk menunjukkan sisi kecantikan diri dan kejayaan karier.
Pun begitu, biarpun ia dilihat sebagai banyak kelebihannya, masih tercalit kekurangan dalam menggunakan media sosial. Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?
Berbicara mengenai isu ini, NONA menemu bual penyanyi muda yang semakin rancak melakar nama dalam industri muzik tempatan, Wany Hasrita tentang perspektifnya mengenai kesempurnaan di laman sosial.
Menurut Wany, walaupun sebagai seorang selebriti, dia tidak memandang laman sosial sebagai ruang untuk tampil sempurna. Akur dengan corak gaya hidup kini yang rakus mengejar label kesempurnaan, baginya, ia bukanlah sebuah perkara yang harus difokuskan ketika menggunakan laman sosial.
“Sebenarnya, kita memiliki pilihan untuk mencorakkan laman sosial kita sendiri. Seperti saya, saya lebih senang untuk berkongsi perkara yang patut dikongsikan di laman sosial. Contohnya perihal kerja dan ada kalanya mengenai aktiviti harian. Namun harus diingat, bukanlah semuanya harus dikongsi.
Tambahnya,kita tidak perlu untuk tampil sempurna di laman sosial. Malah lebih pentingkan kepada positiviti.
“Apa kata kita ketepikan dahulu soal kesempurnaan itu. Fokuskan kepada nilai positif ketika menggunakan platform laman sosial. Pelbagai jenis bentuk dan fungsi media sosial yang wujud pada hari ini. Oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk sebarkan nilai positiviti kepada semua.
“Simpankan sedikit privasi hidup anda untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri. Harus menjadi lebih bijak supaya laman sosial yang kita miliki, digunakan dengan cara yang betul dan penuh manfaat,” kongsinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Norman Hakim, memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 di Tanah Suci, Mekah.
Menurut Norman, ini merupakan saat paling bahagia dalam hidupnya kerana dapat berkongsi momen istimewa itu bersama isteri dan ibu bapanya.
“Puncak nikmat hidup di atas muka bumi ini bila Allah SWT jemput untuk sambut ulangtahun kelahiran di perkarangan rumahNya bersama dengan keramat hidup; insan yang melahirkan, bersama dengan yang tersayang.
“Terima kasih Allah untuk perancangan & susun atur ini,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie 3 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Norman turut berkongsi momen menyentuh hati saat saat memeluk ibu dan isterinya di hadapan Kaabah.
Katanya lagi, dia akan memanfaatkan momen ini untuk terus beribadah dan menunjukkan rasa cinta kepada Allah SWT.
“Alhamdulillah syukur nikmat. Terima kasih sekali lagi Allah s.w.t. Terima kasih juga Ya Rasulullah. Tak sabar nak berjumpa dan ‘berinteraksi’ denganMu Ya Rasul,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Norman turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik-baik bersempena hari lahirnya itu.
“Terima kasih juga untuk setiap ingatan, ucapan serta doa dari kalian semua. Semoga segala kebaikan yang dikirimkan melalui doa kembali semula buat yang mendoakan,” akhirinya.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 200,000 tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan berkongsi momen-momen indah sewaktu menyambut hari lahir teman lelakinya yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini difahamkan menyambut momen istimewa itu di sebuah restoran di Jakarta, Indonesia.
Ameera dan Jefri dilihat sangat mesra bersama dan hal tersebut jelas kelihatan menerusi foto-foto dan video yang dikongsikan di Instagram.
Paling mencuri tumpuan netizen sudah tentulah ucapan ‘Happy Birthday Sayang’ yang tertera di pinggan kek bersempena hari lahir Jefri yang ke-26.
Jelas Ameera, meskipun Jefri sudah memasuki usia 26 tahun, padanya dia tetap seperti anak kecil.
“26 but forever my baby,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kemesraan pasangan ini selain turut mendoakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
“Ya ampun lovebirds.
“Kekal bahagia kalian berdua.
“Cepat-cepat kahwin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Baby jangan lepaskan dia. Handsome dooh ni. Biarkan walau satu dunia membenci. Jangan lepaskan dia sebab boleh nampak dia hargai dan sayang ke baby. Suka melihat kalian berdua gembira bersama. Semoga jodoh berpihak kepada kalian.
“Kenapa muka sama ya? Mungkin sebab itu dikatakan jodoh kita punyai rupa 90% sama,” antara komen-komen netizen.
Sejak akhir-akhir ini, Ameera dilihat makin terbuka untuk berkongsi perihal cintanya bersama Jefri.
Malah, Ameera juga kerap mempertahankan Jefri bila ada pihak yang melemparkan komen-komen negatif terhadap teman lelakinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...