Ads

“Dia Tak Tanya Bayaran, Buat Sebab ‘Adik Beradik’,” – Rakam Lagu Raya Bersama, Ayda Jebat Tersentuh Keperibadian Baik Hazama

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.

Menurut Ayda, projek tersebut pada asalnya berdepan masalah teknikal sewaktu proses untuk menghasilkan lagu berkenaan.

“Dia Tak Tanya Bayaran, Buat Sebab ‘Adik Beradik’,” – Rakam Lagu Raya Bersama, Ayda Jebat Tersentuh Keperibadian Baik Hazama

“Lagu ini sebenarnya sudah siap sejak tiga bulan lepas tapi kita ada masalah teknikal. Apa pun, saya anggap ini rezeki untuk merakamkan lagu dengan Hazama.

“Malah sebenarnya sudah lama nak buat lagu bersama Hazama sejak duet Senja Nan Merah kami viral sebelum ini” katanya kepada MH.

Komitmen Hazama & Semangat Persahabatan

Dalam masa sama, isteri kepada pengacara, Nabil Mahir ini mengakui dirinya tersentuh dengan komitmen yang ditunjukkan Hazama.

Ads

Ayda turut mendedahkan, bintang itu langsung tidak menyentuh mengenai soal bayaran, sebaliknya bersetuju untuk terlibat atas dasar persahabatan.

“Dia Tak Tanya Bayaran, Buat Sebab ‘Adik Beradik’,” – Rakam Lagu Raya Bersama, Ayda Jebat Tersentuh Keperibadian Baik Hazama “Dia Tak Tanya Bayaran, Buat Sebab ‘Adik Beradik’,” – Rakam Lagu Raya Bersama, Ayda Jebat Tersentuh Keperibadian Baik Hazama

“Bila saya hubungi Hazama dan nyatakan hasrat, dia terus bersetuju tanpa bertanyakan tentang bayaran kerja atau royalti.

“Dia menyanyi sahaja dan turut bersetuju bila diajak pergi buat promo untuk lagu ini. Saya pun pelik. Bila saya tanya berapa jumlah bayaran yang saya kena bayar? Dia pula bertanya ini projek siapa?

Ads

“Saya bagitahu, ini projek saya dan guna duit sendiri. Kemudian Hazama kata, ‘kenapa kau sibuk nak bayar?’. Saya jawab yang saya memang sudah sediakan peruntukan.

“Kata Hazama, ‘Kita ini ‘adik beradik’. Dia pun tak kisah jika lagu ini tak menjadi dan sedia untuk mencuba lagi, sampai jadi. Memang Allah bagi rezeki untuk bekerjasama dengan orang baik,” ujarnya lagi.

Selain itu, Ayda turut berkongsi pelancaran lagu tersebut pada penghujung Ramadan adalah strategi yang dirasakan paling sesuai.

“Dia Tak Tanya Bayaran, Buat Sebab ‘Adik Beradik’,” – Rakam Lagu Raya Bersama, Ayda Jebat Tersentuh Keperibadian Baik Hazama

Ads

“Ketika ini, saya sedang sibuk jalankan promosi lagu ini di radio. Ada juga yang bertanya, kenapa lagu ini lambat keluar? Saya rasa tak lambat. Takkanlah saya nak keluarkan terlalu awal.

“Tinggal seminggu lagi sebelum raya, saya rasa ini waktu sesuai. Lagu ini mempunyai rentak ala Timur Tengah dan liriknya sangat bermakna.

“Ia mengajak kita kembali kepada fitrah. Lagu diciptakan oleh saya, Hazama dan Nabil Mahir,” kongsinya lagi.

Terdahulu, lagu Yaa Hari Raya kini boleh didengari di seluruh platform penstriman, manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube Ayda Jebat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Drama Sekarang Macam Tak Ada Cerita Lain. Pusing-Pusing Kisah Penyondol, Wanita...

Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.
error: Hello. Cannot.