
Sebelum dilaporkan ditahan bersama beberapa sukarelawan misi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF), pelakon Yusuf Bahrin mendedahkan komunikasi bersama isterinya, penyanyi Zizi Kirana, telah terputus sejak pukul 1.42 pagi waktu Malaysia.
Menurut Yusuf, kali terakhir dia berhubung dengan Zizi adalah melalui panggilan video sebelum isterinya bertugas syif rondaan malam.
View this post on Instagram
“Kali terakhir saya dapat berhubung dengan Zizi adalah pada pukul 1.42 pagi tadi waktu Malaysia. Sebelum itu, kami ada buat panggilan video.
“Ketika itu, dia sedang bersiap-siap untuk menjalankan syif berjaga malam. Sambil-sambil itu, kami berborak tentang persediaan dan saya melihat pasukannya sedang bersiap sedia jika ada sebarang perkara berlaku.
“Bila selesai panggilan video, saya pun nak sambung buat kerja dan persiapkan barang untuk penggambaran hari ini,” katanya ketika ditemu bual menerusi panggilan telefon di program radio Morning Morning Suria pagi tadi.
Yusuf turut berkongsi, sebelum komunikasi terputus, Zizi sempat menghantar mesej suara memaklumkan kapal tentera Israel telah menghampiri botnya.

“Tiba-tiba saya dapat mesej suara daripada Zizi. Dia minta maaf dan maklumkan kapal Israel sudah menghampiri botnya. Itu adalah kali terakhir kami berhubung.
“Dia minta saya doakan keadaannya di sana. Bagaimanapun, dia langsung tak nampak takut. Dia hanya ketawa dan gembira sahaja,” ujarnya.
“Wanita Lebih Kuat Dari Lelaki” – Yusuf
Yusuf percaya isterinya dan sukarelawan lain cukup kuat berdepan ujian getir itu.

“Saya rasa dia kuat untuk hadap situasi ini. Saya pun tiada kekuatan seperti dia. Kita ini lelaki. Padahal, kita tahu lelaki ini lebih kuat daripada wanita.
“Namun, tanggapan saya salah. Wanita ini kalau kuat, dia sebenarnya lebih kuat lima kali ganda daripada kita.
“Mereka ini semuanya sudah dilatih dengan baik oleh Ketua Flotilla. Jadi, mereka tahu apa yang perlu dibuat,” katanya lagi.
Pelakon drama Seindah Hujan Cinta ini turut menzahirkan doa agar Zizi dan semua sukarelawan dilindungi daripada bahaya.

“Saya harap tiada perkara yang berbahaya yang terjadi pada Zizi dan semua yang sudah ditahan. Kita pun faham, tentera Israel ini bukannya kira pun siapa kita.
“Walaupun kita tidak provoke, mereka akan tetap ganggu kita. Saya tak tahu apa yang akan jadi. Saya hanya berserah kepada Allah SWT.
“Kita doakan agar mereka semua dilindungi,” akhirinya.
Difahamkan, seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF terputus hubungan dengan Pusat Komunikasi dan Koordinasi Selat (SNCC) selepas lima kapal mereka dipercayai dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Suria, Yusuf Bahrin & Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




