Uncategorized

‘Dia masih lelaki terbaik dalam hidup saya’ – Erma Fatima

Share

Terus bersikap optimis, pelakon dan pengarah, Erma Fatima mengakui hubungan dengan bekas suaminya, Badaruddin Azmi atau Bade masih baik.

Bahkan, selebriti berusia 49 tahun ini juga menyifatkan Bade sebagai lelaki terbaik di dalam hidupnya walaupun sudah berpisah secara rasmi pada 17 Ogos lalu.

“Hubungan saya dengan dia masih baik. Saya tiada masalah dengan dia. Saya juga tiada gaduh apa-apa dengan dia.

“Lagipun, dia pun ada datang ke rumah untuk berjumpa dengan anak-anak.

“He is still the best man in my life, no matter what, cuma jodoh kami sampai di sini. Itu saja!,” katanya pada Media Hiburan.

Erma dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat yang berusia di antara 11 tahun hingga 24 tahun.

Sebelum itu, pemilik nama sebenar Fatimah Rahmad ini merakamkan memorinya bersama Bade menerusi video ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’ yang dimuat naik dalam Instagramnya, beberapa hari lalu.

“Saya saja-saja buat video itu. Itu yang terakhir daripada saya kepadanya,” katanya.

Tambahnya, anak-anaknya juga memahami akan keadaan yang berlaku di antaranya dengan pengarah filem KL Menjerit itu.

“Dah tentu, anak-anak ada bertanya. Lagipun, dah bertahun-tahun mereka hidup dengan ayahnya.

“Tapi, mungkin mereka dah faham when I say something that they have to accept it.

“Lagipun, if you love somebody, you have to let them go,” katanya.

Pada masa sama, pengarah filem Embun ini enggan lagi menoleh ke belakang sebaliknya bersedia untuk membuka lembaran baru dalam kehidupannya.

“Saya dah tutup buku pada 17hb (Ogos) lalu. Jadi, pada 18 hb, saya kena buka buku baru,” katanya.

Bagimanapun, Erma bersedia untuk bekerjasama denagan Bade seperti biasa.

“Dia pengarah Mak Cun sebelum ini. Untuk musim terbaru, saya tak tahu lagi siapa pengarahnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Erma bakal membawa jenama Mak Cun untuk menyertai Couture Fashion Week New York (CFWNY) bersama jenama Sara J dan Eja Shahril pada awal September depan.

“Saya bukan membawa hati yang lara. Saya dah merancang untuk program ini sejak sebulan lalu.

“Saya sangat teruja untuk ke sana. Fesyen adalah hobi baru saya,” katanya.

IKLAN