Ads

“Dia Masih Budak-Budak…,” – Adira Dedah Sebab Izin Anak Usia 9 Tahun Sertai TTMM, Mohon Netizen Berlembut Beri Komen Terhadap Anggrek

Penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan penyertaan anaknya, Anggrek dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua bukanlah bertujuan untuk mengejar kemenangan.

Sebaliknya sebagai usaha memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak itu dalam dunia persembahan.

Menurut Adira, keputusan membenarkan Anggrek yang baru berusia sembilan tahun itu untuk menyertai program tersebut dibuat selepas melalui perbincangan bersama keluarga serta anaknya sendiri.

“Dia Masih Budak-Budak…,” – Adira Dedah Sebab Izin Anak Usia 9 Tahun Sertai TTMM, Mohon Netizen Berlembut Beri Komen Terhadap Anggrek

“Saya bagi Anggrek sertai program TTMM bukanlah untuk menang. Saya cuma nak beri dia pendedahan. Di luar pun saya ada hantar dia beberapa sesi kelas.

“Jadi, saya rasa sangat rugi kalau saya tak bagi pendedahan untuk berada di atas pentas. Anggrek juga bersetuju nak sertai program ini.

“Sebelum saya bagi jawapan, saya sudah berbincang dengan keluarga dan Anggrek sendiri. Saya terangkan kepada dia tentang program ini.

“Saya bagitahu, dia akan penat sikit selepas ini. Namun, dia bersedia untuk mencuba. Jadi, apa salahnya kalau kita bagi dia mencuba. Doakanlah semoga dia kuat menghadapi minggu-minggu yang mendatang,” katanya kepada MH.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media TTMM musim kedua, baru-baru ini.

Ads

Dalam masa sama, penyanyi lagu Sayang Orang Yang Sama itu menegaskan aspek pendidikan tetap menjadi keutamaan walaupun anaknya terlibat dalam program realiti berkenaan.

“Dia Masih Budak-Budak…,” – Adira Dedah Sebab Izin Anak Usia 9 Tahun Sertai TTMM, Mohon Netizen Berlembut Beri Komen Terhadap Anggrek

“Untuk sesi sidang media ini, saya ada beberapa kali buat sesi latihan. Saya juga selalu ingatkan dia bahawa sekolah tetap menjadi keutamaan.

“Saya tidak akan ganggu waktu sekolahnya. Untuk rehearsal dan latihan, kita akan adakan pada waktu malam. Saya akui kita akan penat sikit.

“Seperti semua tahu, konsert bermula jam 9 malam. Kini, saya nak biasakan Anggrek untuk tidur lewat sedikit. Ada banyak perkara yang kita kena lakukan.

Ads

“Saya tak mengharapkan Anggrek menang, saya nak dia enjoy sahaja. Saya bukan nak bersaing dengan sesiapa,” kongsinya lagi.

Harapan Netizen Lebih Berlembut

Ditanya mengenai kesediaan Anggrek berdepan komen netizen di media sosial, Adira percaya masyarakat kini semakin matang dalam menilai sesuatu perkara.

“Dia Masih Budak-Budak…,” – Adira Dedah Sebab Izin Anak Usia 9 Tahun Sertai TTMM, Mohon Netizen Berlembut Beri Komen Terhadap Anggrek

“Saya percaya netizen kita pada ketika ini sudah semakin bijak. Saya juga sentiasa berdoa agar netizen-netizen ini dapat berlembut dengan Anggrek.

“Lagipun, dia masih budak-budak. Dia juga peserta paling muda. Anda kena tahu, Anggrek ni baru nak belajar dan cari pengalaman.

Ads

“Bagilah dia peluang dan rasa seronok berada di atas pentas. Saya percaya netizen takkan hentam budak kecil. Saya selalu pesan dekat Anggrek, tidak semua orang suka kita.

“Akan ada yang puji dan kritik. Mungkin akan ada juga yang bercakap kasar. Kalau juri kritik, anggap sahaja mereka mahu kita jadi lebih baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Adira turut meluahkan rasa syukur apabila penyertaan Anggrek mendapat sokongan daripada bekas suaminya, Datuk Red.

“Dia Masih Budak-Budak…,” – Adira Dedah Sebab Izin Anak Usia 9 Tahun Sertai TTMM, Mohon Netizen Berlembut Beri Komen Terhadap Anggrek

“Alhamdulillah, bapanya juga sangat menyokong. Dia pun kata, tak salah nak mencuba,” akhirinya.

Terdahulu, program Talk To My Manager yang dihoskan oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi, bakal bersiaran bermula 19 April ini di saluran Astro Ria, Astro One dan sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Berdiri Dan Lawan, Jangan Menyerah,” – Namron Luah Harapan Terhadap...

Pelakon Namron menyatakan sokongan penuh terhadap aktor, Que Haidar selepas namanya menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
error: Hello. Cannot.