Selebriti popular Noor Neelofa akui terharu apabila ada rakan artis yang bukan Muslim turut hadir di dalam majlis ilmu, Hijrah Cinta yang dianjurkannya baru-baru ini.
Neelofa, 33, berkata, pelakon Jasmine Suraya hadir kerana dia ingin tahu mengenai Islam.
Neelofa, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menambah, dia berbesar hati apabila pelakon itu menyuarakan hasrat untuk menyertai majlis ilmu yang diusahakan itu.
“Alhamdulillah rezeki dia berpeluang menghadiri majlis itu. Saya sendiri berbesar hati untuk menjemput dia. Rasa berbunga-bunga hati bila dia mahu sertai.
“Dia juga adalah orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu juga adalah majlis ilmu pertama yang dia hadiri. Kebetulan pada penghujung majlis itu ustazah menyebut mengenai kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety), disuruh berzikir pada Allah,” katanya.
Ads
Antara barisan selebriti lain yang hadir seperti Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan ramai lagi.
Malah, bekas hos program MeleTop itu turut berhasrat untuk mengadakan majlis ilmu itu sebulan sekali.
Ads
“Saya ada pasukan di Pertubuhan Kasih Neelofa yang boleh membangunkan majlis dan memanggil ustaz atau ustazah dari dalam negara atau seberang. Jadi saya menggunakan mereka ini untuk menjayakan majlis khas buat selebriti.
“Itulah misi kami. Pada awalnya saya mengajak rakan selebriti dengan menghantar Whatsapp pada seorang demi seorang. Saya mahu mereka rasa dekat dengan mereka. Habis saja satu majlis, mereka mahu datang majlis berikutnya. Jadi insya-Allah saya akan cuba buat majlis ini secara bulanan,” katanya.
Ads
Terdahulu, media melaporkan pelakon Jasmine Suraya Chin, 33, ada berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan Neelofa di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dihadirinya secara senyap-senyap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dukung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”
Demikian kata pelakon terkenal, Zul Ariffin yang mengakui babak yang dilakonkan menerusi mana-mana naskhah tidak lebih sekadar tuntutan kerja.
Zul, 36, berkata, situasi dikritik atau disalah tafsir segelintir pihak susulan babak tertentu sudah pun dilaluinya sebelum ini.
“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikritik). Kalau Zul saja mesti ‘dukung… dukung’.
“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.
“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.
“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (babak dukung). Ia lepas.
“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk tolak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.
“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.
Hampir 15 tahun dalam industri seni, Zul turut mendedahkan dia kini mahu fokus di layar perak berbanding drama.
“Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.
“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.
“Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon bertahun-tahun.
“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai pengamal media, waktu kerja kami sememangnya tidak menentu. Oh ya, ada kalanya hari kami bermula sejak awal pagi lagi. Jangan tidak tahu, ada waktunya juga tuntutan tugas memerlukan kami berkerja hingga lewat malam.
Jadual kerja memang lah padat. Segalanya demi memberikan liputan terkini serta menyediakan konten-konten menarik buat audiens!
Meski pun begitu, saya respek dan kagum bila mana rakan seperjuangan wanita saya yang sentiasa terlihat rapi meskipun harus berkerja siang dan malam serta hujan mahupun panas bila lakukan tugasan di luar.
Bagi kebanyakan lelaki, aspek penjagaan diri mungkin lebih mudah dan tidak terlalu kompleks jika ingin dibandingkan dengan wanita.
Hanya berbekalkan satu pek mencuci muka, minyak rambut dan semburan wangian, we’re good to go.
Namun, berbeza pula bagi wanita, soal penjagaan diri ini amat dititikberatkan bermula daripada penjagaan kulit, wajah hinggalah ke rambut.
Malah, saya juga sempat bertanyakan kepada beberapa rakan pejabat di Ideaktiv apa sisi rahsia mereka untuk sentiasa kelihatan segar dan rapi walaupun selepas seharian bekerja?
Menurut Najwa Mutalib, selaku Eksekutif Senior di bahagian pemasaran Ideaktiv, rutin hariannya itu ada kalanya agak padat lebih-lebih lagi apabila harus menghadiri program-program anjuran klien, mengadakan meeting-meeting penting dan macam-macam lagi.
Bila kerap terdedah dengan matahari atau terperap di bilik berhawa dingin dalam masa yang agak lama, dia mula merasakan kulit wajahya seakan kering, kusam dan kurang sihat. Perasaan bimbang itu sudah tentu ada.
Bagaimanapun, selepas mencuba pelbagai jenis produk sebelum ini, kini dia merasakan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Facial Cleanser amat sesuai dengan wajahnya.
Cuci muka dua kali sehari amat penting. Setelah seharian berkerja, kita tentu mahu menghilangkan segala kekotoran dan minyak yang terkumpul di dalam pori-pori. Tanpa kita sedar kulit kita juga terdedah kepada pencemaran lebih-lebih bila kita menyentuh muka.
“Bayangkan jika anda meninggalkan segala kotoran ini pada kulit sewaktu anda tidur. Tak sanggup, bukan?
“Saya menggunakan produk ini dua kali sehari. Kalau saya skip, kulit muka saya akan jadi kurang selesa. Rasa seperti berminyak dan kotor,” katanya.
Katanya lagi, dia juga tertarik dengan ramuan yang terkadung di dalam produk ini.
“Setiap kali kalau nak mencuba facial cleanser, saya akan lihat dulu pada ramuannya. Produk Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Facial Cleanser ini mengandungi pelbagai ramuan yang baik untuk wajah.
“Antaranya Vitamin C dan Hyaluronic Acid. Ramuan ini membantu mencerahkan kulit & hasilnya kulit saya berasa lembut . Selain itu, produk ini juga turut dikayakan lagi dengan minyak habbatus sauda yang membantu melindungi kulit kita.
“Keistimewaan apabila saya memakai facial cleanser daripada Good Virtues Co. ini, ia tidak membuat kulit saya kering & lama-kelamaan kulit saya juga menjadi semakin cerah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, produser video digital, Nina Shukor pula memberitahu skop kerjanya memang memerlukan dia turun ke lapangan bagi memastikan sesi pengambaran berjalan dengan lancar.
Seperti diketahui umum, waktu pengambaran sememangnya tidak menentu manakala lokasinya pula berubah-rubah. Jadi, apabila pulang ke rumah sudah pastinya dia mendambakan mandian yang menyegarkan dengan menggunakan produk Good Virtues Co. Ylang Ylang Perfumed Shower Cream.
“Good Virtues Co. Ylang Ylang Perfumed Shower Cream mempunyai bau yang sangat harum dan dikatakan mampu bertahan sehingga 48 jam. Jadi, ia amat sesuai dengan saya. Meskipun terpaksa menempuh hari yang panjang, saya akan sentiasa kekal segar dan berbau wangi. Dengan produk ini, saya tidak akan ragu lagi dengan masalah bau badan.
“Perkerjaan saya yang memerlukan saya berada di bawah terik matahari dan kesannya boleh mengakibatkan kulit saya kering dan kotor. Good Virtues CO. Ylan Ylang Perfumed Shower Cream mempunyai Teknologi Micellar yang membersihkan kulit secara mendalam dan hasilnya membantu memberikan 48 jam kelembapan pada kulit,” jelasnya lagi.
Kemudian saya bertanya pula kepada wartawan media sosial Majalah Remaja, Sherfiqa Ermelia Marlyn yang sering turun ke lapangan bagi menghadiri pelbagai acara termasuklah mengendalikan program anjuran Majalah Remaja.
Sebagai wartawan, Sherfiqa harus berjumpa dengan ramai orang lebih-lebih lagi dari kalangan selebriti dan individu-individu penting. Jadi, menjaga penampilan amat penting bagi dirinya terutamanya bila melibatkan soal rambut.
“Masalah rambut gugur ni terjadi selepas saya kerap kali saya menggunakan dryer dan curler yang mengakibatkan rambut saya cepat kering dan gugur. Bila sikat pula rambut akan jadi cepat kusut.
“Lantaran itu, saya dipertemukan dengan produk terbaru Good Virtues Co. Hair Fall Hair Serum. Pada muaya saya sangat terkejut kerana produk ini ternyata berkesan dan melindungi rambut saya daripada kerosakan kesan daripada sinaran matahari, pencemaran, bahan kimia dan haba daripada alat penggayaan rambut.
“Serum rambut ini boleh dipakai ketika rambut basah mahupun kering. Bukan itu sahaja, Good Virtues Co. Hair Serum ini juga mempunyai bau yang wangi dan boleh digunakan sebagai styling serta serum untuk rambut. 2 kebaikan dalam 1 serum rambut! Cool kan?
“Produk ini juga turut mempunyai ramuan-ramuan yang sangat bagus untuk kesihatan rambut antaranya Minyak Organik Habbatus Sauda, Trichomega, Minyak Zaitun, Vitamin E dan Minyak Jojoba Emas Organik.
“Kesemua bahan ini kaya dengan kebaikkan untuk membaiki dan menguatkan rambut agar kelihatan sihat sentiasa. Hasilnya rambut akan kurang gugur dan bersinar sepanjang hari,” kongsinya.
Jadi, begitulah jawapan mereka kepada persoalan saya selama ini. Bila keretampilan diri terjaga, secara tidak langsung kita akan bertambah yakin seteruskan dapat melakukan kerja dengan baik.
Ternyata, produk-produk daripada Good Virtues Co. banyak memberi solusi kepada masalah-masalah penjagaan diri. Cepat dan efektif. Maklumlah, berkerja dalam bidang ini, penjagaan masa itu amat penting untuk sentiasa kekal cantik dan yakin.
Sebenarnya, tak sukar pun untuk miliki rangkaian produk Good Vertues Co. Nak lagi mudah? Beli sahaja di Watson dan pasar raya terkemuka negara. Boleh juga boleh membuat pembelian secara atas talian menerusi laman web Watsons. Untuk pembelian boleh klik di sini: https://bit.ly/2BsyZOJ
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad akui turut bersependapat dengan netizen yang mengatakan dia sekeluarga terhindar daripada terjebak dengan perkara melalaikan apabila terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.
Menurut Nabil, dia menyifatkan kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu sebagai satu rahmat.
“Itulah ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.
“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.
“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka rasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga.
“Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.
“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,” katanya kepada MH.
Menurut penyampai radio Era ini lagi, dia menyangka konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy itu berlangsung selama dua malam.
“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.
“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya.
Terdahulu Nabil mendedahkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun bersyukur kerana seolah-olah petanda yang Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.
Video yang dimuat naik di platform media sosial Era.je itu telah pun hangat diperkatakan sejak pagi tadi.
Nabil difahamkan telah membeli lima keping tiket berharga RM508 buat isteri dan anak-anaknya.
Foto tiket yang dibeli secara online itu turut dikongsikan di dalam video yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.