Nabil Ahmad menerusi akaun Instagram Nabilzira ada berkongsi dua pautan video awal malam tadi yang mencuri perhatian pengguna media sosial.
Kisahnya, hos MeleTop itu terpaksa membunyikan hon beberapa kali kerana ada sebuah kereta jenis Honda berwarna hitam yang parkir di belakang kenderaan yang dinaiki Nabil.
Menerusi rakaman yang diambil isterinya, Nabil dilihat ‘membebel’ sambil membunyikan hon, mengharapkan agar pemilik kereta itu segera mengalihkan kenderaannya.
“Kelakar kepala otak dia, aku nak balik ni,” antara rungutan dari Nabil.
Bagaimanapun, selang beberapa ketika akaun tersebut berkongsi pula video pendek baru, merakamkan aksi Nabil yang sudahnya terpaksa menolak sendiri kenderaan tersebut.
“Boleh tolak, tapi kurang ajarlah kan?” kata Nabil sambil isterinya pula membayangkan suaminya terkena ‘prank’ kenalan sendiri.
Ads
“Patutlah tulis ‘kau fikirlah sendiri, I rasa you kena prank ni,” respon Zira.
Bagaimanapun, video yang ditonton hampir 400,000 kali setakat ini itu belum dipastikan sama ada dia betul-betul prank atau tidak disengajakan.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, ada juga yang membayangkan Nabil sekeluarga telah kena ‘prank’ dan ada juga yang memuji Nabil yang tetap senyum dan cool meski dalam keadaan kusut.
Foto: Instagram Nabilzira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Itu antara komen yang ditinggalkan peminat terhadap salah satu posting penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban tahun ini.
Tampil mengenakan tudung bawal dalam tanah gelap lengakp dengan kurung moden, penampilan penyanyi Anta Permana ini nyata memukau pandang.
Tanpa meletakkan sebarang kapsyen, entri tertera sudah pun mendapat hampir 150,000 tanda suka dengan ribukan komen yang rata-ratanya memuji penampilan Tok Ti yang disifatkan tampak lebih muda dari usianya.
Malah, tak kurang peminat yang turut meminta bintang tersebut supaya terus setia mengenakan tudung sedemikian.
Bukan sahaja peminat, rakan artis turut sama meninggalkan komen.
Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.
Kisah yang cukup menyayat hati apabila hanya kerana sebatang jari seperti yang didakwa suspek, seorang lelaki kehilangan nyawa buat selamanya.
Kisah yang berlaku itu nyata mendapat perhatian ramai, termasuk golongan selebriti.
Suami kepada aktres dan hos, Fouziah Gous misalnya, Zhafran Md Yusof menerusi Instagram menukil sebuah kisah tragis yang bermula dari hanya satu kesalahan kecil.
Tulisnya, sekiranya kedua-dua teruskan pemanduan dan hanya menyimpan amarah dalam diri, tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Terus memandu. Mungkin kita semua sudah membawa mengenai arwah Syed Muhammad Danial dan Mr Yew Wei Liang.
Kedua-duanya memandu seperti hari biasa. Allahyarham Syed mempunyai seorang isteri dan anak perempuan yang menunggu kepulangannya di rumah sewaktu dia keluar dan memandu sehari sebelum Aidiladha.
Ye Wei Liang dan isteri sedang menuju ke Seremban. Ia hanya hari biasa. Tapi nampaknya, bukan.
Satu kemalangan kecil. Ia hanya satu kejadian malang. Dan emosi menguasai keadaan. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Tapi. Kita tahu kedua-dua kereta sepatutnya sampai ke rumah dengan selamat. Tiada kemalangan besar terjadi.
Pemandu sepatutnya terus berlalu pergi.
Tapi, tidak. And kerana itu, seorang lelaki mati. Dia meninggal dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dan seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah. Seluruh negara menonton, dia kini seorang sasaran politik. Papan catur undang-undang kini dibuka.
Yew Wei Liang sepatutnya boleh terus memandu. Nikmati makan malam dan tidur di atas katil empuk.
“Namun. Dia kini di dalam penjara. Dia penyebab kematian seorang lelaki.Kenapa?
Kerana lelaki itu mengangkat jari tengah terhadapnya dan membuatkannya marah?Itu kata Yew Wei Liang. Dan terdapat video bertebaran mengatakan hal ini. Satu jari.
Itu yang diperlukan. Dan kini hidup berubah selamanya. Seorang anak hilang bapa.
Isteri hilang suami. Suami dan isteri kini di dalam penjara.
Mungkin ada anak-anak yang kini sedang merindui ibu bapa yang sedang dipenjarakan. Semuanya…kerana satu jari,” kongsi Zhaf panjang lebar.
Pada masa sama, dia turut memberi pesan kepada semua agar menyerahkan kesulitan yang berlaku di jalan raya kepada pihal berkuasa.
“Sahabat. Tolong. Pandu ke mana sahaja. Teruskan memandu. Pandu ke pejabat. Ke rumah. Apa-apa pun, teruskan memandu. Jangan biarkan sesiapa halang anda di jalan raya.
Biarkan mereka. Jika mereka mengejar, cari balai polis berdekatan. Pandu ke sana.
Jangan berhenti. Ia tidak akan berakhir dengan baik. Untuk semua. Tidak akan berlaku,” kongsinya.
Terdahulu pemandu kereta Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia di Hospital Nilai ketika mendapatkan rawatan selepas dia terlibat dengan perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Foto : Instagram Zhaf Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!