Chadwick Boseman merupakan seorang pelakon yang disegani ramai. Mula bergiat serius dalam dunia seni pada tahun 2000, namanya berada di puncak apabila terpilih untuk memegang watak adiwira Black Panther pada tahun 2018. Sebagai watak adiwira utama pertama berkulit hitam yang diketengahkan, filem tersebut meraih kejayaan besar dan sekaligus membuatkan dia terkenal seluruh dunia.
Namun begitu siapa sangka, dia telah menhembuskan nafasnya yang terakhir tahun lalu akibat penyakit kanser kolon pada usia 43 tahun. Sebelum itu kelibatnya yang tampil kurus telah menimbulkan pebagai spekulasi. Dia yang berahsia tentang penyakit yang dihidapinya meninggal sambil dikelilingi keluarga terdekat di rumah.
Setahun selepas kematiannya, kini nama pelakon popular ini telah secara rasminya diabadikan pada salah sebuah kolej seni halus di Universiti Howard, Washington D.C. Kolej tersebut telah dinamakan sebagai Chadwick A.Boseman College of Fine Art.
Ads
Chadwick menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Howard
Menurut hantaran yang dimuat naik di ruang Instagram Universiti Howard tertera penjelasan, “Kelmarin pemasangan papan tanda Kolej Seni Halus Chadwick A. Boseman telah dilakukan. Seorang ikon dalam kelasnya tersendiri dan telah meninggalkan legasi yang tidak terukur bagi legasi yang seterusnya. Terima kasih Mr.Boseman.”
Keputusan untuk menukar nama kolej tersebut telah diumumkan pada Mei tahun ini lagi. Chadwick merupakan graduan dari Universiti Howard dan tamat pengajian pada tahun 2000. Sejak itu di banyak memberi sokongan dalam pembangunan universiti tersebut.
Ads
Diharapkan dengan penjenamaan semula nama kolej tersebut memberikan inspirasi kepada generasi seterusnya untuk cemerlang di dalam bidang seni sebagaimana cemerlangnya Chadwick dalam kerjayanya.
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin kini bergelar pengacara pula apabila tampil mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Tidak terlintas untuk berlaku tamak gara-gara mahu melakukan pelbagai cabang kerja, namun ibu kepada dua cahaya mata ini akui situasi pandemik Covid-19 ketika ini turut menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif bersama suntikan inspirasi menerusi program terbabit.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Isteri kepada Asyraf Khalid ini sebelum ini pernah berlakon dan menyanyi selain menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini, lebih 30 episod sudah bersiaran dan ia kemudiannya turut dikongsi dipelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram serta dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundang menerusi program berkenaan
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Ketika ditanya mengenai mengenai sejauh mana kerinduan terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua, ini kata Tya;
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini.
“Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” jelas Tya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fizikal penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin yang susut terjawab apabila dia mendedahkan, timbul satu benjolan di bahagian kiri payudaranya bersaiz dua sentimeter Jun lalu.
Perkara yang berlaku sekaligus mengundang serangan panik atau kebimbangan kepda dirinya.
“Apabila dapat tahu fasal benjolan itu, saya mula fikir bukan-bukan. Ditambah dengan situasi semasa pandemik, kebimbangan datang tiba-tiba. Sampai berat badan turun mendadak.
“Selera makan terus tak ada. Saya lebihkan minum air masak. Air manis takut nak minum.
“Dalam masa sama, saya turut memikirkan nasib diri sama ada kontrak sebagai penyampai radio di Media Prima Network (kini dikenali Media Prima Audio) ketika itu.
“Ikutkan saya pernah kena serangan panik sekitar 2016. Tak tahu apa punca. Mungkin juga sebab setahun sebelum itu penat dan terbeban perlu berulang alik dari KL ke Johor bertugas sebagai penyampai radio di Best FM dan komitmen Gegar Vaganza musim kedua,” katanya.
Bagaimanapun, isteri kepada Norhanapfe Omar memaklumkan keadaannya kini sudah kembali baik. Malah benjolan yang timbul di bahagian berkenaan juga sudah lenyap.
“Julai lalu, saya berkeras mahu bertemu pakar di sebuah hospital. Saya buat pemeriksaan mamogram dan Ultrasound. Doktor juga terangkan apa yang terjadi selain proses lanjutan perlu dibuat.
“Untuk kes saya, memang tak perlu apa apa. Malah doktor memaklumkan ‘cyst’ yang wujud juga akan hilang dengan sendirinya. Tapi saya bersyukur kerana benjolan pun sudah tiada.
“Paling penting, sokongan suami, ibu bapa, adik beradik, keluarga jadi azimat. Doa mereka sangat bermakna saat saya berdepan kegetiran sebegitu,” kata calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 itu.
Justeru, pengalaman sakit dilalui berkenaan turut menjadi asbab dan kekuatannya mengendalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza di Buletin FM yang turut mengupas perihal kesihatan.
Selain kesihatan, segmen yang turut diimbangi dengan hiburan dan lagu itu juga merangkumi informasi berkaitan gaya hidup, keibubapaan, tips ekonomi, pemerkasaan dan kerohanian.
Haiza mengendalikan segmen itu setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi sampai 3 petang.
“Dalam apa situasi pun kesedaran itu penting. Jangan biar berlanjutan baru nak bertindak. Semua wanita digalakkan untuk berjumpa doktor jika ada kemusykilan. Jangan cepat buat andaian. Ia akan mendorong kita fikir bukan-bukan.
“Tambah pula setiap Oktober diraikan program kesedaran kanser payudara atau dipanggil Pink October. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
“Ditambah dengan peningkatan usia, bab kesihatan jangan diambil mudah. Jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat.
“Berat badan saya pun mula naik sekarang bila hati sudah tenang dan kembali berselera. Mulalah nak ‘balas dendam’ makan itu ini. Tapi kenalah seimbangkan dengan hal lain termasuk fokus bekerja,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak awal pagi tadi, hangat diperkatakan di media sosial mengenai beberapa buah video tular yang memperlihatkan kelibat penyanyi popular tanah air, Anuar Zain di salah sebuah program bersama para jemaah tabligh.
Video berdurasi hampir 50 saat yang dimuat naik semula di laman Twitter itu memaparkan aksi bersahaja Anuar yang dilihat sedang menghidangkan minuman teh tarik sambil menyanyikan lagu popularnya, Lelaki Ini.
“Ya Allah. Allahuakbar. Allah bagi sedap, Anuar Zain yang kasi tarik,” selorohnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar segala usaha Anuar dalam mengejar ilmu agama akan dipermudahkan.
“Suara yang tak boleh orang lain copy. The only one Anuar Zain.
“Wah, semakin ramai orang yang berhijrah.
“Allahu, seronoknya tengok kemesraan mereka. Rindu nak pi tabligh lagi.
“SubhanAllah. Seronok tngok artis2 kita yg berhijrah ni. Semoga mereka kekal istiqomah dan dilindungi Allah,” antara reaksi-reaksi netizen di aplikasi Tik Tok.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Dalam perkembangan lain, baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Sendiri yang juga merupakan lagu original soundtrack bagi drama Single Terlalu Lama.
Sumber: Instagram Anuar Zain & Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.