
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann akhirnya mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil memaklumkan dia belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai majlis tersebut bagi menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga.

“Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Doakanlah yang baik-baik. Mengenai hari dan tarikhnya pula, saya mohon maaf kerana tidak boleh dedahkan.
“Saya rasa itu adalah perkara yang ingin saya simpan untuk keluarga sendiri dan juga demi menghormati keluarga bakal suami. Biarlah saya simpan dahulu. Saya hanya mohon doa.
“Kehadiran saya di industri ini juga diatas doa kalian. Jadi, teruskan berdoa untuk saya,” katanya kepada MH.
Sissy berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya yang berjudul Dengan Kamu di Qeqoz Cafe, Kuala Lumpur pada Isnin.

Bertunang Pada Hari Sama
Jelas Sissy lagi, majlis pertunangan dan pernikahan mereka bakal diadakan pada hari yang sama.
Ditanya bagaimana dia bertemu dengan bakal suami yang juga merupakan seorang doktor, Sissy memaklumkan pertemuan itu bermula ketika dia menjadi pesakitnya sebelum ini.

“Dia seorang doktor dan pengenalan kami bermula apabila saya menjadi pesakitnya.
“Semasa kami mula berkanalan, dia tidak tahu yang saya merupakan seorang artis. Dia memang orang yang tak tengok televisyen. Jadi, dia tidak tahu siapa saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, Sissy menyifatkan perancangan Allah itu sangat cantik meskipun mereka berkenalan dalam tempoh yang singkat.

“Bila nak melangkah ke fasa seterusnya, kalau kita nak tunggubetul-betul bersedia, sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia. Ada banyak perkara yang saya nak kejar.
“Dahulu, jika belum selesai satu matlamat itu, saya tidak akan ke fasa seterusnya. Ada beberapa hal yang terpaksa saya lepaskan. Namun, kali ini, saya pun tak tahu kenapa? Mungkin Allah sudah aturkan rasa yang berbeza.
“Bila berjumpa dengan bakal suami, perasaannya sangat berbeza. Persepsi saya juga berubah. Kali ini, saya dapat rasa apa salahnya kalau saya mencuba untuk buka hati untuk ada orang di samping saya,” kongsinya.
Katanya lagi dia juga agak terkejut apabila bakal suaminya itu nekad untuk bertemu dengan bapanya untuk menyatakan hasrat untuk bernikah.

“Kami tidak harungi fasa bercinta. Bila sudah kenal sebagai kawan, dia minta izin untuk bertemu dengan bapa. Saya ingatkan mungkin ini melibatkan urusan pekerjaan atau tawaran berkolaborasi.
“Bila dia berjumpa dengam bapa saya, dia nyatakan hasrat untuk berkahwin. Bapa saya bertanya, kalau ingin ke fasa seterusnya, berapa lama masa diperlukan?
“Bapa saya sendiri terkejut bila dengar jawapanya. Katanya paling cepat tiga bulan dan paling lambat pula enam bulan. Mungkin ini sususan takdir tuhan,” akhirinya.
Terdahulu, lagu Dengan Kamu bakal dilancarkan di seluruh platform penstriman bermula hari ini.
Manakala, muzik video pula boleh ditonton bermula jam 8 malam di saluran Youtube Sissy Imann.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




