Selepas memberikan persembahan konsisten sepanjang 10 minggu, akhirnya finalis, Tuah Zaini diumumkan sebagai juara baru program realiti nyanyian terbitan Awesome TV, Mic On musim ke-2 yang berlangsung sebentar tadi.
Menampilkan persembahan memukau menerusi dua buah lagu berjudul Cintaku 100 Percent dan Salam Terakhir, Tuah telah berjaya menepis saingan daripada enam peserta lain sekaligus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM15,000 berserta trofi.
Lebih manis apabila pengurusnya yang juga merupakan pelawak, Fad Bocey turut diumumkan sebagai Manager Terbaik Mic On musim ke-2 seterus menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
Malah, kemenangan ini juga merupakan kejuaraan berganda buat Fad selepas anugerah yang sama turut telah dimenanginya pada edisi tahun lalu.
Menurut salah seorang juri tetap yang juga merupakan penyanyi senior, Datuk Hattan, sepanjang 10 minggu ini, Tuah sentiasa memberikan persembahan yang konsisten dan jarang membuat kesilapan-kesilapan besar menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan.
Manakala Mas Idayu pula berpendapat, Tuah merupakan seorang penyanyi yang bijak dan kebolehannya bermain alat muzik memberikanya sedikit kelebihan.
Ads
Perkara tersebut dapat dilihat apabila Tuah menerapkan tiga jenis genre berbeza iaitu dangdut, rap dan rock sewaktu mempersembahkan lagu, Cintaku 100 Percent.
Sementara itu, Datuk Awie pula berpandangan, kemampuan yang dimiliki Tuah ini sebenarnya mampu menarik minat band-band ternama tanah air untuk melamarnya sebagai vokalis.
Lantaran itu, Awie menyarankan Tuah untuk bergabung bersama anggota kumpulan Search, Din dan Kid.
Ads
“Kalau mereka bergabung bersama, ia merupakan platform terbaik buat Tuah sendiri. Saya rasa, dia dah cukup layak. Tak payah band tersebut cari penyanyi luar,” katanya.
Sementara itu, tempat kedua yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi pula telah diraih oleh Bulan.
Haze pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga sekaligus membawa pulang hadiah RM2,500 serta trofi. Haze juga telah dinobatkan sebagai Talent Pilihan Awesome yang membolehkan dia memenangi hadiah RM1,000.
Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing diisi oleh Zakir dan Yulia.
Ads
Malam kemuncak itu turut diserikan lagi dengan persembahan penyanyi popular tanah air iaitu Tomok, Hazama, Naqiu dan Black yang juga merangkap sebagai Suara Netizen (Suarnet).
Konsert Akhir Mic On musim ke-2 yang dihoskan oleh Issey Fazlisham turut menampilkan juri tetap Datuk Hattan, Mas Idayu dan Datuk Awie.
Selain Fad, pengurus yang turut sama membimbing para peserta adalah Ajak dan Ropie.
Mic On musim ke-2 bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9 malam di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa yang telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus ‘Kawasaki’ kini sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu Ayra kini berdepan dengan masalah jantung kesan jangkitan virus berkenaan.
Perkembangan terkini itu telah dikongsikan oleh isteri kepada pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun media sosial Instagram miliknya.
“Alhamdulillah.. Aryssa boleh discharge hari ni. Virus dah tiada tetapi akibat dari virus ini, kini jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak.
“Tiada apa yang kritikal, mudah mudahan aryssa boleh sembuh sepenuhnya. Insyaallah,” tulisnya.
Serentak dengan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan buat permata hatinya itu. .
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang doakan Aryssa Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Amyra memaklumkan Ayra telah mengalami masalah gejala demam panas yang sangat teruk sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar minggu lalu.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan pelawak, Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata.
Suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP.
“Bulan puasa ini sebenarnya lebih kepada anak-anak. Itu sahaja. Mereka nak makan apa, kita perlu sediakan. Untuk kita tu… apa pun okay, insyaAllah,” katanya.
Ditanya mengenai puasa dan Syawal yang bakal disambut tanpa isteri tersayang di sisi, Shuib reda dan menyifatkan setiap ujian dariNya itu pasti ada hikmahnya.
“Bila benda yang pertama kali, macam susah nak lalui. Mula-mula itu hari, birthday (pertama kali selepas pemergiaan isteri), lepas tu ulang tahun perkahwinan kami.
“Sekarang puasa nanti nak lalu raya… itulah dia. Kena lalu, kena hadap. Kita orang lelaki…ada naik, turun. Lepas tu ada masanya kita rasa diri ini kuat betul. Ada masa kita rasa selemah-lemahnya.
“Rasa tak ada apa, sebab itu kita punya soulmate dan sahabat baik. Tapi itulah bila Allah hantar ujian, Dia akan bantu. Pasti dan pasti. Perkara itu boleh nampak pada anak-anak. Mereka punya kekuatan itu luar biasa,” katanya lagi
Menerusi program sama, Nikki Palikat turut diundang bagi menyampaikan single terbaru, Sudah yang sepatutnya dirakam Siti Sarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang memainkan sentimen perkauman berhubung pendapatnya mengenai kes basikal lajak baru-baru ini.
Menurut Michael, dia sendiri tidak menyangka pandangan itu mampu mencetuskan kecaman pihak tertentu yang mendakwa dirinya mempertahankan wanita tersebut hanya kerana mereka sebangsa.
Jelasnya lagi, sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berbangsa lain, responnya juga akan tetap sama dan tidak berubah.
“Korang netizen neraka tak ada modal lain ke kalau nak berhujah. Balik-balik guna guna isu rasis. Dah 2022, sifat rasis ni sangat ketinggalan zaman.
“Hanya kerana saya kata cakap tak rasa perempuan tu patut dipenjara, dengan segera statement dia ‘kaum kau, kau back up la’.
“Apa yang bodoh sangat tu. Hey, aku tak kisahlah kalau dia Cina ke Melayu ke India ke, kalau aku rasa ia tak betul, aku akan cakap juga,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cinta Atau Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.
Micheal turut menambah, sekiranya pemandu tersebut benar-benar bersalah, dia juga akan tetap lantang bersuara dan mencadangkan mahkamah untuk memberikan hukuman yang berat buat si pelaku.
“Kalaulah pemandu tu mabuk, aku akan tetap suruh mahkamah untuk gantung pesalah sampai mati tak kira bangsa.
“Tak semua orang ni rasis okay. Nak ‘hanjingkan’ orang, cuba jadi kreatif lagi ye,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Michael untuk tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.
Dalam perkembangan lain, Michael ini difahamkan sedang sibuk drama terbarunyanya berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2 yang menampilkan Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai tunjang utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...