Penyanyi Dayang Nurfaizah akui terkesima apabila dipelawa oleh penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa untuk berduet bersama ketika konsert Divas & Diamond 2024 yang bakal berlangsung pada 7 September depan.
Menurut Dayang, dia sebenarnya sudah lama memasang impian untuk berkongsi pentas dengan Rossa dan akhirnya hasratnya itu tercapai.
“Saya sebenar agak terkejut juga bila Rossa sendiri yang ajak berduet ketika konsert nanti. Ia satu penghargaan buat saya.
“Kami belum pernah berbincang dan kami difahamkan hanya akan membuat persembahan mengikut slot masing-masing.
“Bila Rossa ajak berduet, saya jadi kecut perut. Rasa macam tak percaya. Betul ke apa yang saya dengar ni?
“Saya memang nak berduet tapi takut nak bertanya. Jadi, ia seperti mimpi jadi kenyataan. Ia adalah peluang dah memori buat saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Divas & Diamond 2024’ yang berlangsung di Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ads
Ditanya sama ada dia juga berhasrat untuk mengadakan konsert solo seperti rakan-rakan seangkatan yang lain, Dayang memaklumkan perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
“Setiap penyanyi akan ada keinginan nak buat konsert sendiri. Ketika ini pun ramai artis yang mengadakan konsert solo. In sha Allah saya akan adakan konsert nanti tapi masih belum tahu bila masanya.
“Tawaran untuk mengadakan konsert itu memang ada. Tipulah kalau tiada. Nanum, saya nak buat perancangan rapi. Kalau nak buat konsert, saya nak berskala besar.
“Sebelum ini, konsert saya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas atau Istana Budaya. Walaupun besar tetapi terhad. Jadi, saya harap peminat bersabar dahulu.
Ads
“Saya kini nak fokus menyelesaikan album baharu yang sudah pun 90% siap. Barulah ada tujuan kalau nak buat konsert nanti,” ujarnya lagi.
Diminta mengulas mengenai album, Dayang memaklumkan dia berjaya mendapatkan kerjasama dengan komposer baharu dan lama.
“Album saya bakal mengandungi lagu-lagu baharu semuanya. Bilangan lagu juga banyak. Album ini tertangguh kerana sebelum ini saya fokus dengan album Belagu 1 dan Belagu 2.
Ads
“Lagu-lagu kali ini mendapat sentuhan Ajai dan beberapa komposer baharu. Saya juga mahu kekal relavan namun, album tetap seimbang.
“Yang penting lagu-lagu itu semua memang kena dengan jiwa saya,” akhirinya.
Terdahulu, selain Dayang dan Rossa, konsert Divas & Diamonds 2024 turut menampilkan penyanya senior, Datuk Jamal Abdillah dan seorang lagi artis yang masih dirahsiakan.
Konsert ini bakal berlangsung di Arena Larkin, Johor Bharu dan tiket muda dijual pada harga RM288 sehingga RM888.
Lima peratus daripada hasil penjualan tiket akan disumbangkan buat mangsa negara bergolak Palestin yang akan disalurkan terus kepada pihak kedutaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.
Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.
Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.
“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.
“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat,
“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.
Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.
“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.
“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.
“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.
Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Tajul akui kecewa dengan tindakkan penyanyi, Wany Hasrita yang menolak pelawaannya untuk kembali berduet bagi projek lagu cover yang berjudul Resipi Berkasih nyanyian asal Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana
Menurut Tajul, gandingannya bersama Wany sememangnya dinantikan para peminat namun, dia faham keadaan ketika ini sudah berbeza.
“Saya akur dan menghormati keputusan Wany Hasrita jika beliau tidak mahu lagi berduet dengan saya.
“Memang ada sedikit terkilan sebab bagi saya gandingan kami serasi dan peminat suka jika kami duet bersama.
“Namun saya harus memahami situasi Wany sekarang yang telah berumah tangga dan mungkin keadaan sekarang membuatkan beliau tidak selesa berduet dengan saya” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, adik kepada Allahyarham Achik tetap teruja apabila pihak syarikat rakaman, FMC membuat pilihan tepat dengan memilih penyanyi, Muna Shahirah sebagai pengganti Wany.
“Muna berjaya membuat Resipi Berkasih versi baru ini lebih wow. Dan saya berterima kasih kepada FMC Music kerana mencadangkan agar Muna menggantikan Wany.
“Muna bukan Sahaja memberi kerjasama yang baik pada saya malah Muna mempunyai vokal yang tidak dapat di pertikaikan lagi.
“Walaupun ini merupakan gandingan pertama kami tetapi saya tak sangka ianya berjalan lancar dan sangat mudah,” katanya lagi.
Sementara itu, Muna akui amat berbesar hati apabila dipilih untuk kembali merakamkan lagu yang pernah mencetuskan fenomena meskipup pada awalnya dia merupakan pilihan kedua.
“Saya sedikit pun tidak merasa kecil hati apabila saya dijadikan pilihan kedua untuk lagu ini.
“Kerana saya sedia maklum sebelum ini gandingan duet Tajul adalah wany Hasrita.
“Namun saya lebih melihat peluang yang datang ini ke arah positif. Sebab saya yakin setiap aturan yang Allah tetapkan itu tak pernah silap dan pasti lebih baik.
“Malah saya rasa bangga dapat terlibat dalam projek khas ini” katanya.
Terdahulu, Resipi Berkasih versi 2024 bakal dimuatkan di dalam projek album tribute istimewa untuk Allahyarham Achik Spin yang kini sedang dalam pembikinan.
Projek ini merupakan salah satu usaha daripada pihak FMC bagi menghargai jasa arwah Achik sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ruhainies sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video vlog buat pertama kali.
Menerusi vlog sulungnya itu, aktres berkenaan tampil mengulas mengenai produk rambut bagi membaiki rambutnya mengalami keguguran dan ‘kejung’.
Menerusi video berkenaan, Ruhainies memberitahu dia akan mencuba produk baharu khusus bagi rambut dan akan memberikan ulasan sekiranya produk tersebut berkesan.
“Ini adalah kali pertama saya buat vlog, jadi saya nak cerita sedikitlah mengenai isu haritu. To be honest, rambut saya gugur teruk haritu lepastu kejung dan tak sihat.
“Kalau korang ingat, saya ada share dekat IG Story, saya minta orang bagi cadangan produk yang bagus sebab saya sangat nak cuba. As you can see, sudah boleh nampak kulit kepala,” katanya.
Ruhainies bagaimanapun mengakui menerima banyak respon daripada pertanyaan terbabit daripada warganet.
“Jadi sudah tentulah saya risau. Namun saya terima banyak cadangan daripada produk tempatan hinggalah antarabangsa sampai keliru produk apa yang saya nak cuba.
“Saya dah decide nak cuba produk ini, iaitu adik saya punya. Dia yang beli dan saya tengok dia pakai secara konsisten setiap malam. Setakat ini saya boleh lihat perubahannya.
“Kalau produk ini menjadi saya akan share journey dekat korang,” katanya sambil menunjuukkan produk yang berkaitan.
Meninjau ke ruangan komen, ada warganet memberikan emoji ‘love’ dan memintanya untuk memberikan ulasan sejurus menggunakannya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...