Keputusan pelakon Zarina Anjoulie untuk membuka hijab turut mendapat perhatian peminat serta rakan pelakon, Fathia Latiff turut diminta media untuk memberikan pandangannya mengenai keputusan bintang sensasi itu.
Pernah rapat dan bersahabat baik dengan Zarina, pelakon yang kini mahu mencuba nasib sebagai penyanyi itu mengambil pendirian untuk tidak mengulas ulasan lanjut mengenai perkara terbabit.
Bagaimanapun, katanya kepada MH, dia tetap mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik.
“Saya tak berani nak komen apa-apa sebab itu adalah kehidupan dia. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia.
“Kita tak tahu apa yang dihadapinya sekarang ini tetapi saya berharap yang terbaik untuk dia,” katanya jujur.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Sementara itu, Fathia juga mengakui sudah lama tidak menghubungi Zarina meski ada percubaan untuk berbuat demikian.
Ads
“Saya sudah tidak menghubunginya agak lama juga. Sada cuba menghubungi dia tapi tak dapat. Sekarang pun saya sibuk dengan persiapan untuk melancarkan lagu terbaru, saya busy dengan kerjaya saya,” katanya lagi.
Ditanya apakah harapannya buat Zarina, Fathia mempunyai jawapan sendiri.
Ads
“Saya doakan supaya dia tenang dan happy. Saya harap dia tidak bersedihlah. Itu paling penting,” pohon Fathia optimis.
Fathia yang bakal melancarkan single sulung, Jika Aku Tahu tidak lama lagi itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH, di PICC Putrajaya, minggu lalu.
Konsert Big Stage 2019 minggu ketiga nyata memberi kejutan buat penonton apabila salah seorang pesertanya, Aziz Harun mengumumkan untuk menarik dari terus bersaing bersama para peserta lain.
Pengumuman yang didedahkan Aziz secara langsung nyata mengejutkan ramai pihak, hingga ada yang membuat pelbagai spekulasi memandangkan persembahan Aziz Harun di Big Stage setakat ini kerap mendapat komen pedas para juri.
Bagaimanapun, ketika ditemui, Aziz sejujurnya sudah berfikir untuk menarik diri dari terus memberi saingan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.
Jelasnya kepada MH, keputusan dibuat kerana dirinya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, 23 September depan.
“Sejak sekian lama memohon sejak awal tahun ini, akhirnya permohonan saya diterima untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan Business Economics di Nowrish University of East Anglia, United Kingdom.
“InsyaAllah saya akan berangkat ke London pada pertengahan bulan ini memandangkan kuliah akan bermula 23 September depan,” katanya.
Ditanya sejauh mana kesungguhannya dalam menyertai program realiti Big Stage kerana menarik diri di pertengahan saingan, hingga ada yang mendakwa dirinya seakan-akan memperlekehkan kredibiliti program, Aziz ada jawapannya sendiri.
“Memang sejak awal ketika sertai Big Stage saya mahu buat yang terbaik dan cuba sehabis yang termampu. Malah saya sendiri mahu buktikan kebolehan dalam plaftrom inidan mencuba benda baru.
“Akan tetapi secara tiba-tiba impian lain yang saya cita-citakan turut hadir dan buatkan saya keliru untuk pilih mana satu,” jelas Aziz yang tidak pernah menyangka dia akan menerima tawaran bagi melanjutkan pengajian pada ketika ini.
“Saya dapat tawaran tersebut awal minggu dan apa yang saya perkatakan sejurus membuat persembahan adalah emosi yang mengawal diri pada ketika itu,” jelasnya lagi.
Menjawab kritikan netizen yang menyifatkan penyertaannya hanya ‘buang masa’ kerana bertanding dan kemudian menarik diri, peserta asal Brunei ini menjelaskan, dirinya tidak akan sertai Big Stage andai tahu akan keluar ketika saingan.
“Saya tak akan sertai Big Stage kalau tahu saya akan ‘keluar’. Saya tak akan permainkan reputasi saya yang sudah beberapa minggu berapa di kedudukan tiga tercorot.
“Sebelum ini saya pun tidak tahu akan dapat tawaran kerana permohohan dihantar sejak awal tahun. Bahkan saya pernah juga hantar permohonan, tetap ia ditolak.
“Lalu bila tawaran kembali hadir, tak kan saya ingin tolak. Ibu bapa juga lebih gemar kalau saya sambung pengajian,” kata Aziz menjelaskan situasi.
Terdahulu, peserta ‘budak baru nak up’ (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata yang pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira, terselamat.
Dinda yang mempersembahkan lagu Terlalu Memuja nyanyian asal Wany Hasrita kekal dalam saingan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aziz.
Terdahulu, bintang ini ada memuat naik status di Twitter yang seakan membayangkan persembahannya malam tadi di Big Stage adalah yang terakhir buatnya.
Big Stage ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat merakamkan rasa syukur dan terharu kerana tahun ini menjadi tahun paling banyak dirinya menjadi duta kepada sesebuah jenama,iaitu lapan produk kesemuanya setakat ini.
Lalu, ia nyata menzahirkan rasa teruja buat penyanyi Temberang ini, apatah lagi dengan kehadiran bintang wanita baru yang silih berganti.
“Alhamdulillah dengan kepercayaan dan amanah yang mereka berikan buat saya. Malah ada yang ingin sambung lagi. Saya rasa bersyukur, tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu apa rahsia kalau ditanya tips menjadi pilihan klien.
“Cuma bagi saya tuhan tu adillah. Ada benda yang Dia tak bagi, tapi Dia kurniakan suatu benda yang lain,” ujar Ayda yang turut percaya kepada rezeki.
“Rezeki bagi saya lebih berharga. Soal anugerah atau seumpamanya, saya sudah pernah dapat dulu. Tuhan mungkin nak berikan benda yang baru.
“Tahun ini, paling banyak saya jadi duta dan saya gembira kerana klien setakat ini pun okay dan berpuas hati,” katanya kepada MH.
Ditanya bagaimana bintang asal Melaka ini menepis diri daripada terpalit dengan isu sensasi, Ayda mengakui dia bukan individu yang boleh isi masa tak kira waktu.
“Kalau bab kontroversi saya akan cuba jagalah. Memang ada yang cakap kontroversi itu boleh popularkan kita, tapi bagi saya ia lebih kepada negatif. Selagi boleh elak, saya akan cuba elak.
“Bahkan kalau ditanya apa rutin Ayda Jebat, anda tidak akan melihat saya di mana-mana. Bukan sebab kita berlagak diva atau apa tetapi saya perlu untuk jaga diri selain produk-produk yang ambil saya sebagai wajah wakilan,” jelas Ayda.
Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam persiapan untuk melangsaikan pemikinan album fizikal sulung selain bakal muncul menerusi drama rantaian terkini, Cindai di samping Syazwan Hassan, Nazim Othman dan Raysha Rizrose.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan bahawa dia kinimengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.
Kongsi penyanyi lagu Di Matamu ini, umur dan kerjaya bukanlah penghalang baginya untuk berbuat demikian.
“SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT
“Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi.
“Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini.
“Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.
“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab.
“Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.
“Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini.
“Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya.
“Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies.
“When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki.
“Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau,” tulis Sufian.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...