Apabila berlakunya konflik rumah tangga, pelakon Idzham Ismail berpendapat pergolakan yang berlaku perlu diselesaikan cara baik bersama pasangan.
Malah kongsinya menerusi status yang dikongsikan di Insta Stories, pelakon tinggi lampai ini turut memaklumkan meski sebesar mana pun masalah, ia perlu di selesaikan secara peribadi.
“Respect your own household. Besar mana masalah tolong keep it to yourself and settle it with your spouse in privately. Trend apa ni buka aib rumah tangga?
“Lepas tu marah orang kecam? Actually kalau sengaja buka bukan masalah 100% kecam. Please la satu cukup untuk dipertontonkan,” tulisnya panjang lebar.
Terkini, kian tular mengenai pendedaha isteri kepada chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan Syed Ahmad Kamal yang mendakwa suaminya curang dengan wanita berstatus isteri orang beranak tiga.
Foto: Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian yang cukup menyayat hati melihat mangsa pelarian perang menjalani hidup penuh daif sehingga terpaksa mencari makanan dalam tong sampah demi meneruskan hidup.
Ella dan suami, Azhar Ghazali yang kini sedang berada di Lebanon bagi misi kemanusiaan bersama mangsa pelarian perang Syria dan Palestin memohon sumbangan orang ramai agar dapat membantu mengurangkan beban dan kebuluran kritikal yang sedang melanda.
“12 orang di dalam satu khemah sejak 5 tahun lepas
Perjalanan berminggu minggu merentasi pergunungan untuk selamat dari bahaya perang
Anak anak cacat kekurangan gizi dalam makanan .
Si bapa tetap bersyukur atas kunjungan dan apa yang telah ditetapkan . Salute!
Ratu Rock Malaysia ini turut memaparkan luahan hati anak Syria yang menderita akibat segala bantuan kemanusiaan yang disekat pihak tertentu.
“Kami tidak ada makanan. Rumah kami dibom. Orang ramai sedang mencari makanan dalam tong-tong sampah.
“Kami tidak ada makanan. Kami sedang dalam kebuluran. Dua hari yang lalu, saya pengsan kerana kelaparan. Mereka menghalang sebarang bantuan daripada kami.
“Kami sedang makan rumput. Kami kumpulkan rumput. Kami selongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. Tidak ada sesiapa yang memberikan bantuan.
“Mereka sepatutnya membuka jalan namun tidak berbuat demikian dan mereka juga sepatutnya membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke kem.
“Malangnya mereka tidak berbuat seperti yang mereka katakan. Tiada sesiapa yang makan di sini.
Pada zaman dahulu, warga Palestin hidup aman dan damai. Dunia luar cemburu akan kehidupan kami. Mengapa ke semua ini terjadi. Mengapa negara ini dimusnahkan?
“Kami berada dalam negara Islam. Negara yang kaya raya di muka bumi ini. Ini adalah kali pertama bagi kami mencari makanan dalam tong-tong sampah. Kami tidak pernah terfikir akan hal ini.
“Kem di sini penuh dengan segalanya, kami ada kesemuanya.
“Sekarang, jika kami jumpa jeruk basi, kami makannya juga. Jika kami jumpa roti basi, kami makannya juga. Roti yang penuh ulat, kami sangat lapar dan tidak tahan lagi.”
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.