Categories: Uncategorized

“Di Awal PKP Saya & Suami Merasa Tempias Serta Cabaran…,”- Mahu Tingkatkan Perniagaan, Tok Ti Amalkan Normal Baru!

Share

Penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah menyebabkan sektor ekonomi menjadi lumpuh.

Malah, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti turut terkesan dengan situasi berkenaan yang melibatkan perniagaannya.

Bagaimanapun, Tok Ti tetap positif dan sabar berdepan dugaan yang melanda.

Alhamdullillah.. di awal PKP yang lalu saya & suami merasa tempias serta cabaran dalam perniagaan saya.

“Namun Allah SWT Maha Hebat. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya ..Dengan semangat Suami beri kepada saya & team business saya , Kami dapat atasi dugaan ini sebaiknya.

Malah jualan bagi beberapa produk luar dari jangkaan,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Basyirah itu sentiasa memanjatkan rasa syukur kerana perniagaan yang diusahakan semakin maju.

Subhanallah, Allah Swt bantu kami semua selagi kita berdoa, berusaha & ikhlas dalam mengharungi dugaan ini..

“Sekarang semua dalam semangat untuk terus kuat berjuang meningkatkan usaha mencapai kejayaan demi kejayaan kerana ini permulaan Norma Baru 2020 !!

,” tulisnya.

Terdahulu, negara dilaporkan mengalami kerugian RM2.4 bilion sehari sebelum ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Foto: Instagram CTDK

IKLAN