Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
Ads
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
Ads
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ads
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pengacara, Ali Puteh mengakui dirinya berasa sangat rindu disaat ahli keluarganya masih lengkap lebih-lebih lagi ketika Allahyarham abangnya, Abam Bocey masih lagi di sisi.
Tambah memilukan apabila ibunya juga kini masih lagi di hospital setelah diserang penyakit semput sejak minggu lalu.
Jelas Ali, ketika ini dia hanya mampu berdoa dan seluruh ahli sekeluarga masih belum dibenarkan untuk melawat walaupun sudah hampir lima hari ibunya itu berada di hospital.
“Rindu saat ni. Mak masih di hospital sekarang ni dan masih belom sedar dari tido. Doakan semoga mak sembuh ye. Takde ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih.
“5 hari dah mak di hospital dan kami msih belom dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semalam kami semua bersama,” katanya di Instagram.
Menerusi entri berkenaan, Ali turut dilihat berkongsi foto ahli keluarganya sewaktu arwah Abam masih lagi hidup.
Mengakui dirinya kini sedang diuji, Ali mendedahkan dia sekeluarga akan terus beristiqomah dan mengaggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya.
“Kuat ujian Allah pada kami tapi saya percaya Allah uji tanda Allah sayang dan terus istiqomah kepadanya. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibunya itu dapat segera pulih.
Terdahulu, Ali juga merupakan salah seorang peserta program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bersama kumpulan Viral yang turut dianggotai pelawak, Mamak dan pelakon senior, Roy Azman.
Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 akan bersiaran pada setiap Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (107).
Sumber: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera, mengesahkan mengenai majlis pertunangannya yang tular sejak dua hari lalu dan ia bukan gimik sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Sera, 31, majlis pertunangannya dengan lelaki berusia 38 tahun itu berlangsung di kediaman keluarga bapa saudaranya, di ibu kota.
“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu, kulit wajah saya sedang ‘breakout’,” katanya, lapor Harian Metro.
Berkongsi mengenai fasa seterusnya, Sera memaklumkan dia dan tunang akan melangsungkan pernikahan tahun depan.
“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” katanya.
Sera pada masa sama turut mengharapkan agar bakal suami dapat menerima dia dan keluarganya seadanya.
“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Perkahwinan mereka bagaimanapun berakhir selepas kedua-duanya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 22 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Subahanallah… Syukur Alhamdulillah. Tq sayang,” tulisnya sambil mendedahkan jantina anak ketiga mereka, iaitu lelaki.
Perkongsian Jep turut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusian lapan bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.
Foto: Instagram Jep Sepahtu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Intan Najuwa memberikan reaksinya berhubung tindakan segelintir pihak yang dipercayai mempersoalkan perubahan wajahnya setiap kali dia memuat naik gambar di media sosial.