Uncategorized

Deretan Billboard Fattah Amin, Fazura Jadi Tarikan Di Pavillion, Apa Sebabnya?

Share

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura kini menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong asing apabila video mereka di billboard menghiasi lokasi membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur.

Fattah juga telah berkongsi video tersebut di akaun Instagramnya.

Lebih bermakna, September turut menjadi bulan istimewa buat pasangan terbabit kerana merupakan hari jadi mereka.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut kerana kedua-dua pelakon drama Hero Seorang Cinderella mempunyai aura tersendiri.

Difahamkan, Fattah akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 tahun pada 14 September depan, sementara Fazura pula bakal sambut hari jadi pada 27 September.

Wah! Pasangan ini sangat secocok, birthday pun dalam bulan yang sama.

Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Video : IG Fattah Amin

IKLAN