Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, pelakon jelita Fasha Sandha gemar berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya.
Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik satu rakaman video sedang mengajar anaknya.
Lalu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya yang sudah mahir membaca Muqaddam Iqra meski baru berusia 5 tahun.
“Cikgu Fasha Garang! Anak merajuk masuk bilik Depa ni kalau bab tiktok takyah ajaq semua pandai steps, bab nak suruh mengeja mmg liat.
Ads
“Now ibu dah ganti cikgu kena mengajaq di rumah. Apapun, walau ibu garang,sebenaqnya im proud of you my two babies, Jemyma baru 5 tahun 3 bulan tapi dah pandai membaca..iqra pun dah iqra 4.
“ok la Alhamdulillah. Slowly but surely . Sapa kat rumah cikgu garang masa MCO, kita gang k,” tulisnya
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Fasha mendidik permata hati.
Ads
Fasha sebelum ini turut memuat naik video bersama suaminya, Adil Aziz memohon ramai supaya terus kuat dan patuhi PKP yang telah dilaksanakan sejak dua minggu lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Niena Baharun telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu memaklumkan ada temu janji pemeriksaan bayi keduanya itu.
“Checkup Baby.Pagi tadi tengah nak bersiap dekat dressing table, husband tanya you nak mekap mekap beria kenapa kita nakgi checkup baby je.
“Dia tktau perasaan seorang isteri ni bila dapat peluang keluar sekejap nak juga conteng muka ni pasaiii apa lama sangat dah mommy tk pegang brush mekap.
“Walaupun lepas tu pakai mask juga, boleh laa ‘pelepah angin’ oghe Kelate oyak . Ada ke yang sama peel macam Niena?,” tulisnya.
Ibu kepada pelakon Hanis Zalikha, Nani Rostam ada meluahkan rasa syukur dan gembira apabila menerima wang belanja daripada anaknya lalu berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Nani, dia berasa syukur kerana dikurniakan anak soleh dan solehah di samping mendoakan agar anaknya dikurniakan rezeki yang luas dan mendapat kebaikan dunia akhirat.
“Alhamdulillah Rezeki dari Allah melalui anak anak yang soleh dan solehah. JazakAllah khairan kahtiran @haniszalikha setiap bulan bagi belanja buat mama.
“Semoga luas rezeki serta medapat kebaikan didunia dan diakhirat. Amiiin ya Mujib ya Arhamma Rohimin. Love u till Jannah,” tulisnya.
Bagaimanapun, niat baik Nani telah disalah ertikan oleh netizen lalu memberikan komen negatif terhadap perkongsiannya itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Nani itu riak dan berlagak kerana ‘menayangkan‘ sejumlah wang di media sosial.
Foto: Instagram Nani Rostam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi memaklumkan, dia baru sahaja lepas ‘bersalin’ dan kini sedang ‘berpantang’ dengan kehadiran insan baru dalam keluarga.
Jelasnya, buat masa ini dia akan menjadi penjaga buat sementara waktu dan hanya akan membuat keputusan menyerahkan bayi comel itu selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Assalamualaikum. Morning. Salam Corona. Mama berpantang Day 1.
“Patut mcm payah je nk lepas barangan baby dalam rumah ni, rupanya nk beranak lagiii hihi… Kan Abah @jaiezzany.
“Abah risau tak tertanggung Baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. tapi Sahabat2 disini, kalau suatu masa nanti Sy susah, buleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee.
“Day 7 nanti , Sy bgtau nama dia ye. Buat sementara ni kita panggil dia Baby Lockdown dulu hihihi,” kongsinya.
“Assalamualaikum. Haiii Everything. Sorry harini tak sempat update tentang Wallet Kasih PKP sbb baru lepas bersalin ni, sibuk sikit hihi.. tapi Alhamdullillah. Ada je rezeki masuk ke situ.
“Walaupun tak banyak, tapi sikit2 tu pun cukup bermakna pada yg memerlukan #tqsoooomuchhh.
“Satu lagi nk minta maaf belum sempat transfer utk semua yg tersenarai penerima Wallet Kasih PKP Batch ke 2 smlm sbb acc Sy tak buleh transfer dah, dah sampai limit harini Sy guna uruskan baby ni tadi (kalau online sehari Sy buleh keluar 10k je.
“Lepastu suami pinjamkan dulu RM5k. Jadi sabar jap ye. Sambung esok.
“Sy berbesar hati tadi susah payah maklum pada polis nak keluar, nk uruskan baby sbb Ada yg dah berjanji nk ambil, nk byrkan bil , tiba2 tak jadi.. mcm2 hal.. berjam2 Sy kat situ.
“Sudahnya sy& suami bayarkan bil utk Baby & Mak Baby tu, pastu Sy bawak balik. Milik siapa baby ni tunggulah seminggu lagi, atau sampai selesai PKP, baru Sy buat keputusan. Buat masa ni acah2 tengah berpantang, jadi jangan tanya2 pasal Baby. meroyan i nanti.
“Dan last sebelum tidur nk minta jasa baik Sahabat2 disini tolong Sahabat Sy yg berhati mulia seorang ni. Dia uruskan warga luar melahirkan sampai terpaksa pinjam Ahlong sbb kawan2 taknak tolong.
“Belum selesai masalah tu, ada mak baby sorang ni melahirkan baby minggu ni secara operation, pecah rahim & pecah pundi kencing ( jgn tanya mcmana buleh jadi sbb sy pun taktahu nak kata) jadi Sahabat Sy ni tolong uruskan dia masuk hospital.
“Bil masuk je dah rm2800, pastu taktahu berapa lagi sbb sebulan lagi nk kena berehat dalam tu. Jadinya mari pakat2 kita kumpul sorang sikit tolong dia buleh.
“Masuk teruslah ke akaun kawan Sy tu biar dia uruskan. Niatlah sedekah, zakat ke apa ye. RM10 pun Alhamdullillah.
“Maybank 164717000579 hamidah binti mohd zakaria. Ps: Yg taknak bantu. jgn byk bunyi ye. Block nanti,” luahnya panjang lebar.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.