Categories: Hiburan

Denise Richards Menangis Di Mahkamah, Dakwa Didera Suami Secara Fizikal Dan Emosi

Share

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Denise Richards dilaporkan menangis ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan penderaan fizikal dan emosi oleh suaminya, Aaron Phypers.

Menurut laporan Fox News, pelakon filem Wild Things itu mendedahkan bahawa Phypers menyerangnya ketika dia masih dalam proses pemulihan selepas menjalani beberapa pembedahan kosmetik.

Richards mendakwa, ketika dia tidak berdaya, Phypers menolak kepalanya dan menarik rambutnya dengan kasar sehingga menyebabkan kecederaan kerana keadaan dirinya yang lemah akibat pembedahan yang dilakukan.

Selain kekasaran yang dilakukan saat dirinya usai melakukan pembedahan, dalam dokumen mahkamah yang difailkan pada 16 Julai lalu, Richards turut menyatakan sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu sering melakukan kekerasan fizikal.

“Sepanjang hubungan kami, Aaron sering mencekik saya dengan kasar, memegang kepala saya dengan kuat menggunakan kedua-dua tangan, menggenggam lengan saya dengan keras, menampar muka dan kepala saya dengan ganas, serta menghentak kepala saya ke rak tuala di bilik air.

Dia juga pernah mengancam mahu membunuh saya, menekan lututnya di belakang badan saya sehingga saya terpaksa merayu supaya dia berhenti agar saya tidak dibunuh. Dia turut menggodam komputer riba dan telefon saya untuk memuat turun semua mesej peribadi,” katanya dalam aduan tersebut.

Sehari selepas dokumen itu difailkan, hakim telah meluluskan permohonan Richards untuk mendapatkan perintah larangan sementara terhadap Phypers pada 17 Julai lalu, sementara proses perceraian mereka masih berjalan.

Bagaimanapun, Phypers menafikan semua tuduhan berkenaan. Dalam pembelaannya, beliau berhasrat memanggil beberapa saksi termasuk bekas suami Richards, Charlie Sheen, dan personaliti televisyen, Brandi Glanville.

Richards bagaimanapun membantah penyenaraian saksi tersebut dengan alasan mereka bukan saksi kejadian sebenar dan hanya bertujuan mencemarkan reputasinya. Perbicaraan antara kedua-dua pihak dijangka diteruskan dalam masa terdekat.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

Keyakinan Bermula Dari Dalam

Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.

Jom cantik

Published by
MFA