Uncategorized

“Dengar Tanpa tengok Video Aku Boleh Salah Sangka As Ernie Zakri,” – Netizen Puji Bila Ayda Jebat Nyanyi Lagu Pinjamkan Hatiku Live!

Share

Hebat apabila Ayda Jebat kembali trending di media sosial apabila nyanyian duetnya bersama salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia mulai viral.

Mendapat trending nombor dua di Youtube, Ayda yang menyanyikan lagu ost filem, Pinjamkan Hatiku itu mendapat banyak pujian daripada netizen yang mengatakan nyanyiannya semakin bertambah baik berbanding sebelumnya.

Gandingan Ayda bersama peserta tersebut, Muhammad Badruzzaman Abdul Ghani, 23 tahun turut mendapat pujian netizen.

MH sendiri turut meremang saat mendengarkan lagu duet mereka itu. Memang best sangat! Agaknya kalau dengar live mesti dah jatuh cinta.

Apa-apapun, MH harap supaya dapat melihat lagi duet mereka itu di masa akan datang. Lagipun, kedua-dua mereka amat berbakat dalam bidang ini.

Foto/Instagram: Ayda Jebat

IKLAN