Penyanyi Azzam Sham atau nama sebenarnya, Muhammad Azzammuddin Lop Hisham selamat diijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
Dengan sekali lafaz, Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl.
Pasangan selebriti yang sebaya berusia 24 tahun ini telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya bernaung di bawah syarikat rakaman sama, telah pun mengikat tali pertunangan pada awal September lalu.
Mereka sepakat selepas mendapat persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas empat bulan dari tarikh pertunangan.
Ads
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.
Ads
Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka hari ini yang akan dihadiri ahli keluarga terdekat secara kecil kecilan dan tertutup di sebuah lokasi di Shah Alam mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Ads
Meski berdebar Azzam bagaimanapun bersyukur kerana urusan hari bahagia mereka dipermudahkan.
Dalam pada itu, dia turut membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 menerusi lagu Cinta Jangan Pergi merancang untuk merakam single bersama isterinya selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Fazura mendedahkan dia dan suami yang juga merupakan pelakon, Fattah Amin memang ada mempunyai perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata.
Menurut pemilik nama lengkap, Nur Fazura Sharifuddin ini, meskipun agak sukar baginya untuk mengekalkan bentuk badan ideal selepas bersalin, namun, ia sama sekali tidak menutup keinginannya untuk menimang cahaya mata buat kali yang kedua.
“InsyaAllah, sebenarnya memang ada perancangan tapi saya baru je dapatkan semula berat badan ideal saya. Sejujurnya memang ramai yang bertanya soal ini.
“Selepas melahirkan anak pertama, saya ada juga terkena ‘body shaming’ sebab ramai yang bertanya mengenai perubahan bentuk badan saya. Saya pun giat juga ‘work out’.
“Memang tak dinafikan, bentuk badan selepas fasa bersalin ni memang berbeza. Bukan mudah nak kekalkan. Ibu-ibu yang dah ada anak-anak je yang faham situasi ini.
“Walaupun saya seronok bila dah capai berat ideal ni, tapi ia bukan penghalang untuk saya timang cahaya mata lagi. InsyaAllah akan diusahakan sebab memang dalam proses juga,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Manisnya Cinta Di Cappadocia itu berkata sedemikan ketika ditemui di majlis Fazura And Besties yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Majlis makan malam gala tersebut diadakan untuk meraikan para stokis serta ejen bagi rangkaian produk seperti Tudung Fazura, Fazura Skincare, Fazura Beauty dan Fazbulous.
Dalam pada itu, Fazura turut memaklumkan suaminya juga tidak terburu-terburu untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka.
“Fattah pun tak kisah sebenarnya. Dia kata terserah kepada saya. Dia ikut je bila saya dah bersedia.
“Sebab dia pun tahu yang kena jaga badan dan berpantang itu semua saya,” kongsinya lagi.
Langsung ditanya bilakah dia akan kembali aktif didalam dunia lakonan, Fazura memberitahu, dia sedia untuk mempertimbangkan sebarang tawaran namun, waktu dan skripnya haruslah bersesuaian.
“Akhir-akhir ini, fokus saya memang banyak tertumpu kepada bisnes. Saya ada juga berlakon sikit-sikit contohnya untuk kempen-kempen tudung. Seronok juga rasanya bila dapat semula berlakon ni.
“Tapi kalau nak berlakon untuk tempoh yang panjang itu, masanya belum sesuai sebab saya ada anak yang masih kecil. Waktu mula (shooting) pun tak boleh awal sangat. Wrap pun tak boleh lambat.
“Alhamdulillah, memang ada rumah produksi yang boleh ikut permintaan saya ini tapi skripnya pula tak kena dengan saya. Saya memang nak berlakon cuma kalau dapat skrip dan waktu yang sesuai, itu lebih baik.
“Buat masa sekarang, saya seronok bila berpeluang untuk berlakon semula menerusi video-video kempen saya,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ani Maiyuni dan Shidee menjadi dua bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) yang diumumkan tersingkir pada konsert minggu kesembilan, sekaligus gagal meneruskan saingan konsert akhir, Ahad depan.
Mereka masing-masing meraih markah sebanyak 61 dan 58.30 peratus.
Sementara itu, persembahan meyakinkan dari Aweera berjaya meletakkannya di tangga pertama senarai kedudukan markah di minggu separuh akhir iaitu 81.30 peratus.
Nikki Palikat pula di tangga kedua 76.00 peratus. Nikki membuat persembahan menerusi dua buah lagu iaitu Puncak Kasih yang dipopularkan oleh Ziana Zain dan Ikut Rentakku (Jaclyn Victor).
Berikut merupakan markah kesemua peserta minggu ini;
Kali ini, kesemua bintang Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Pelakon Datuk Rosyam Nor pula diundang sebagai juri jemputan minggu ini.
GV8 dihoskan Nabil Ahmad bergandingan dengan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Zetty Nabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM setelah hampir tujuh tahun berkhidmat bersama stesen radio swasta berkenaan.
Menurut Zetty, keputusan tersebut harus dibuat kerana dia ingin berada disamping suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak negara, Ahmad Khairil Anuar atau lebih mesra dengan panggialan Beto yang akan berhijrah ke pasukan, Sarawak United FC pada musim hadapan.
Zetty telah ke udara buat kali yang terakhir menerusi segmen, Non Stop 45 pada Jumaat lalu.
“Favourite people ayyy. It’s going to be a long caption, so bear with me. Last Friday, 7th Jan 2022 marks my last day on air for Hot FM and sorrylah I tak boleh announce earlier under some circumstances.
“But now news pasal Ahmad main mana pun dah official, I guess it’s my time pula. To be honest, there’s no other place like Hot FM. For more than plus minus 6/7 years I kat sana even before jadi announcer, I happy gila sebab ada colleagues whom I now called friends and family (dalam gambar ni baru sikit)
“But of coursese there’s no place I’d rather be now other than right next to my husband in Kuching. It wasn’t an easy decision to leave KL but gotta get out of my comfort zone because life’s brief and there’s so much to explore,”
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Borak Kopitiam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Zetty turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang selama ini tidak henti-henti menyokongnya sepanjang bergelar penyampai radio di Hot FM.
“To all yang selalu dengar I on air; please know I maybe tak pernah jumpa all of you in person but I see yall. I punya listenership tak pernah jatuh since I first on air in 2017.
“In fact thank you for making the last two surveys as the best ones in my career; number 1 growth for night show in Malaysia and recently naik paling banyak listeners within the station. So yeah, that is all of you. THANK YOUUU.
“At this moment, I nak pursue my dream jadi Tai Tai je kat sini and belajar loghat Sarawak. I’ll now have ample of time to spend on social media, so jangan bosan pula nanti haha,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Zetty dan suaminya.
“Selamat menjadi surihati @ahmadbeto fulltime.
“That’s pure sacrifice right there. For the ones who matters most. Take care you two! As long as u stick by one another, the world is yours 💪🏼 All the best Zetty dan Beto.
“Take care and all the best Zetty.
“Wishing you all the best. Proud of u Zetty,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Zetty dan Beto telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 10 Disember 2020.
Sekadar informasi, Beto merupakan pemain bola sepak kelahiran Teluk Intan, Perak.
Sebelum menandatangani kontrak bersama Sarawak United FC, Beto bermain bersama pasukan Petaling Jaya City sepanjang musim lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zetty Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...