Uncategorized

Demi Tiket Konsert Taylor Swift, Peminat Sanggup Jual Organ, Kereta, Rompak Bank!

Share

Aduh penangan Taylor Swift ni nampaknya boleh tahan juga ya sampai ada peminat fanatik yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi membeli tiket konsert jelajah Tylor Swift, Reputation Tour yang bakal diadakan pda 8 Mei tahun hadapan.

Ada peminat yang sanggup menjual organ, kereta, merompak bank dan macam-macam lagi hanya untuk membeli tiket ke konsert penyanyi kesayangan mereka ini malah ada juga yang sanggup mengeluarkan kesemua wang simpanan mereka.

Mana tidaknya sampai ada yang sanggup menjual organ bagai kerana tiket yang dijual untuk konsert tesebut tersangat mahal.

Harga tiket yang dijual bermula dengan harga USD800 (RM3262.80), untuk tiket VIP pula harganya USD1,500 (RM6117,75) manakala tiket di zon lain pula berharga USD500 (RM2039.25).

Fuh mahal betul! Tapi bagi peminat-peminat Taylor ini mereka merasakan berbaloi untuk berhabis duit bagi menonton konsert dan melihat penyanyi itu di depan mata.

MH tahu mesti ada di antara korang yang minat gila dengan Taylor Swift kan jadi jom MH belanja sikit lagu-lagu Taylor Swift.

Sumber: Hollywood Life

IKLAN