Uncategorized

Demi Anak, Fasha, Jejai Bakal Rujuk Semula?

Share

Menerusi satu entri terbaru di akaun Instagram milik pelakon cantik, Fasha Sandha dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan sebaris ayat yang mencuri perhatian ramai.

Entri itu juga mengejutkan semua pihak apabila dilihat bekas suaminya, Rizal Ashram turut memuat naik gambar yang sama di Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut, Fasha dan Rizal mengucapkan rasa syukur kerana telah mencapai jalan penyelesaian demi masa anak-anak mereka.

Dalam pada itu juga, dia turut berkata Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayah kepadanya dan bekas suaminya kepada jalan-jalan kebaikan di antara mereka.

Menguatkan lagi tanda tanya apabila Fasha dan Jejai memuat naik entri tersebut pada masa yang sama, iaitu sekitar empat lima yang lalu.

Ruangan komen di Instagram Fasha juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira tiga juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen rasa gembira untuk pelakon cantik itu.

Sementara itu juga, pengikutnya turut mendoakan Fasha dan Jejai dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri semula dan hidup bahagia seperti sebelum ini.

Malah ada juga yang turut mendoakan Jemyma bakal mendapat adik yang comel selepas ini.

Terdahulu, Fasha dan Jejai melangsungkan perkahwinan pada April 2012 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan  pada Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3.

IKLAN