Ads

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

Pelakon, Kamal Adli mengakui masih menyimpan harapan untuk kembali rujuk bersama bekas isteri yang juga aktres, Uqasha Senrose, meskipun telah melafazkan cerai talak satu pada Isnin.

Memetik laporan Berita Harian, Kamal memaklumkan bahawa dia sebenarnya berat hati untuk mengungkapkan lafaz talak tersebut kerana masih menyimpan rasa sayang terhadap Uqasha.

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

“Sumpah, demi Allah, saya memang tak nak lepaskan pun.

“Tapi saya kena lepaskan sebab mungkin daripada situ, saya boleh dapat ruang dan peluang untuk rujuk kembali,” katanya seperti yang dipetik.

Menurut Kamal, dia tidak cukup kuat untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha dan menyifatkan hari tersebut sebagai hari paling tidak menyeronokkan dalam hidupnya.

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

“Hari Paling Tak ‘Best’ Dalam Hidup Saya”

Malah, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut dilihat tidak dapat menahan sebak selain menyifatkan hari berkenaan sebagai momen paling berat dalam hidupnya.

Ads

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

“Saya tak nak jawab dan saya tak boleh nak bercakap. Saya memang tak mampu nak lafaz.

“Hari ini, hari paling tak ‘best’ dalam hidup saya. Saya tak kuat sebenarnya, saya tak kuat nak bercakap dengan semua orang.

“Saya memang tak nak (bercerai). Itu saja. Kalau tanya saya, saya tak nak sebenarnya,” kongsinya lagi.

Talak Raj’ie Beri Ruang Untuk Rujuk

Sementara itu, peguam yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohamad Salleh, berkata kes tersebut sepatutnya melalui prosiding hakam.

Ads

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

Bagaimanapun, atas persetujuan kedua-dua pihak, Kamal melafazkan cerai terhadap Uqasha pada hari yang sama.

“Pada hari ini, mereka sah bercerai pada jam 12.56 petang dengan talak raj’ie atas kebenaran mahkamah di hadapan hakim.

“Kamal masih berharap ada sinar. Jika kita berada di tempat beliau, memang jelas dia masih menyimpan harapan.

“Oleh itu, talak raj’ie ini memberi ruang kerana ia adalah cerai yang boleh dirujuk. Dalam tempoh ini, Kamal masih boleh berusaha sekiranya masih ada jodoh antara mereka.

Ads

“Jika tidak, maka setakat itu sahajalah jodoh mereka berdua,” katanya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

“Demi Allah, Saya Tak Nak Lepaskan Pun…,” – Kamal Adli Berat Hati Lafazkan Cerai, Masih Simpan Harapan Rujuk Uqasha

Bagaimanapun, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Berita Harian & Instagram Kamal Adli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Selepas ‘Dentam-Dentum Raya’, Jaja Ishak Intai Kamal Adli & Noorkhiriah Untuk...

Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...
error: Hello. Cannot.