Pasangan Instafamous, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina ada memuat naik sebuah video di laman Twitter.
Video tersebut memaparkan Syafiqah telah membuat sesuatu di telefon bimbit suaminya itu.
Rupa-rupanya Syafiqah telah menukar gambar latar telefon bimbit Hafiz dengan gambarnya yang telah disunting bersama amaran ‘Jangan Tengok IG Perempuan Lain’.
Pelakon jelita yang baru sahaja melangsungkan majlis berinai secara meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur semalam mengakui rasa dihargai apabila dipertemukan dengan lelaki baru dalam hidupnya.
Sedang hitung hari untuk bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, ibunya Eja Sandha apa menitipkan dedikasi buat anaknya itu yang turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35, hari ini.
Menerusi Facebook, ibu kepada pelakon hebat itu mengakui sebak dengan ucapan yang diberikan Fasha ketika majlis berinai berlangsung. Malah kongsinya lagi kasih sayang terhadap anak dan cucu tidak pernah berubah.
“Tiada kata secantik bahasa..Tiada gmb seindah lukisan yg ingin mama mu lafazkan bersempena di hari jadi mu ank ku @fashasandha..ucapan mu utk mama yg melahirkan dirimu semalam.. di mlm berinai mu semalam telah terkesan dan telah mengugurkan air mata mama mu ini.
“Sesungguhnya mama jgk tiada sempurna utk ank2 mama semua..tetapi percaya lah kasih sayang mama terhadap semua ankanda2 dan cucunda2 tiada pernah berbelah bahagi selagi hayat di kandung badan,” tulisnya.
Sementara itu, Eja turut mengucapkan selamat berbahagia hingga ke jannah buat pasangan tersebut.
“Sebelum menjelangnya lusa 30hb March.. bersempena ank ku akan bergelar isteri kepada @itsaidilaziz disini ingat mama ucapkan agar berbahagia sehingga ke Jannah…mama mendoakan Aidil dapat memberi kasih sayang pada dirimu dan terutama kepada cucu2 mama sehingga hujung nyawa.
“semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua..dan di permudahkannya segalanya..Amin3 #majlisberinaiaidilfasha#aidilfasha,” kongsinya lagi.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya turut mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.
Fasha dan Aidil tampil sedondon dalam rona ungu menerusi persalinan bertemakan Melayu Klasik. Difahamkan, Fasha sekeluarganya telah pun berangkat ke kampung halamannya di Perlis.
Sejam lalu, penyanyi dan komposer Ajai ada berkongsi sekeping gambar yang dirakam bersama rakan lamanya, Mamat.
Lebih dua dekad lalu keduanya pernah bersama-sama menganggotai kumpulan Exist yang hits menerusi beberapa buah lagu yang kekal malar segar hingga ke hari ini.
Lalu, pertemuan di antara dia sahabat lama itu menjadi perhatian peminat memandangkan mereka pernah berada di bawah suatu jenama kumpulan muzik yang bukan calang-calang namanya suatu ketika dahulu.
“Dulu dialah yang paling kecil.. ‘Mamat’…@realmamat sekarang dah lebih tinggi daripada ‘kawan’ (kita)..20 tahun lebih kita tak ketemu…Dan hari ini.. kita ditemukan untuk melakukanya kembali… #existsreunion‘Happy To C All The Original Members.
‘Just wait For iIt Guys’, ‘C U WHEN I C U’,” tulisnya.
Lalu, ada netizen yang membayangkan Ajai sedang melakukan suatu projek istimewa bersama Mamat.
Awal semalam, usahawan sensasi Sajat ada memuat naik beberapa sedutan video sambil menjawanb beberapa pertanyaan daripada para pengikutnya di Instagram.
Lalu, ada yang bertanya mengenai Sajat yang seperti jelas kelihatan misai saat melakukan sesi live IG pada ketika itu.
Sajat bagaimanapun dengan selamba menjawab pertanyaan mereka sambil menunjukkan bahagian atas bibirnya pada jarak dekat.
“Kita tak ada misailah. Mana ada misai. Tak Baik. Lubang Hidung adalah,” katanya sambil menafikan kesihataan merosot beberapa hari lalu akibat putus kasih dengan Coach Yin.
Sementara menerusi video lainnya juga, penyanyi Bobo Di Mana ini turut menyatakan soal misai.
“Mana ada misai. Biasalah perempuan ada kumis-kumis tu standardlah. Bukannya berjambang macam abang jual tikar atau jual karpet.
“Kau tengok emak kau pun ada misai. Biasalah kumis lite-lite. Kumis perempuan tak bersalah,” katanya sambil mendapat reaksi yang pelbagai di kalangan netizen.
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...