Categories: Uncategorized

“Dayyan Dah Dapat Adik,” – Tahniah, Black Hanifah Dapat Anak Perempuan

Share

Penyanyi, Black Hanifah kini bergelar bapa kepada dua orang anak setelah isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.88KG jam 1.56 pagi semalam.

Black berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya, semalam.

“Dayyan dah dapat adik!!! Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini.

“Bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a….. #nyawablack #blackpirlo #khaleefdayyan #KDRD #NIVAEL #NIMEMANGVIRAL,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen pula dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen.

Apa-apapun,tahniah sekali lagi buat Black dan isteri! MH doakan semoga ibu dan bayi sentiasa sihat selalu.

Foto/Instagram: Black Hanifah

IKLAN