Uncategorized

David Beckham Bina Istana Lego Untuk Anak

Share

David Beckham, pemain bola sepak yang dilabel paling sensasi di Hollywood. Dia juga merupakan seorang ayah yang penyayang.Tidak hairanlah keluarga Beckham disebut-sebut sebagai sebuah keluarga selebriti yang paling harmoni di Hollywood.

Terbaru,
Beckham telah berkongsi foto melalui akaun Instagramnya, menunjukkan kerja kerasnya membina istana mainan Lego untuk anak perempuan kesayangan, Harper Beckham.

Foto yang dimuatnaik itu ditulis dengan kapsyen, “1am done… Someone’s gonna have a nice surprise in the morning ? zzzzzzzzzzzzzzzzz” itu mendapat 1.6 juta likes dan dihujani dengan pelbagai komen.

Suami kepada Victoria Beckham itu menyusun blok-blok lego tersebut yang mempunyai 4000 blok dan terpaksa membaca buku arahan setebal 490 halaman untuk menyiapkan menjadi istana yang tersusun megah dan cantik.

Tidak mudah untuk memasang istana tersebut dan dikhabarkan Beckham mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyusun mainan tersebut dengan sempurna.

Pada saat itu, David sendiri mengaku bingung, namun di sisi lain lelaki 42 tahun itu juga merasa teruja untuk menyelesaikannya.

Puteri bongsu Beckham kini telah genap umur enam tahun pada Julai yang lalu.

“Happy Birthday to our special little young lady …Such a special girl who brings so much joy and happiness into our lives.. Happy 6th birthday ( I can’t believe your 6 already ) have the most amazing day we love you pretty lady”

Selain Harper, Beckham juga merupakan ayah kepada Brooklyn, 18, Romeo, 14, dan Cruz, 12. Selama ini, dia memang dikenali sebagai ayah yang sayangkan anak-anak,

tidak hairanlah Beckham menjadi suami dambaan semua wanita.


Sumber : Thesun.co

IKLAN