Nampaknya berita tentang Datuk Seri Vida bermasam muka dengan pencipta lagu I Am Mee, Edry Abdul Halim semakin hangat diperkatakan.

Kononnya Vida tidak berpuas hati kerana KRU Music memperoleh hak cipta lagu I Am Me, sedangkan Vida juga turut menyumbang idea dalam menjayakan lagu ini serta mengeluarkan kos.

Tetapi benarkah mereka bergaduh seperti yang dikatakan? Melalui Harian Metro, Vida menjawab segala spekulasi tentang pergaduhan ini.

Datuk Seri Vida Jawab Isu Bermasam Muka Dengan Edry KRU

IKLAN

Menurutnya tiada sebarang isu masam muka mahupun selisih faham tentang perkara ini. Malah Vida turut meminta orang ramai untuk tidak cuba menjejaskan nilai positif yang ingin disampaikan melalui lagu tersebut.

“Tiada perselisihan antara saya dengan KRU Music. Kalau boleh, jangan calarkan nilai positif yang ingin saya sebarkan menerusi lagu itu,”katanya dengan jelas.

Sebaliknya Vida sedang berusaha dan berkerja keras mencari beberapa elemen menarik untuk dimasukan di dalam video klip yang dihasilkan tidak lama lagi.

Vida turut berjanji akan tampilkan seuatu yang berbeza bagi memikat hati penonton.

IKLAN

Datuk Seri Vida Jawab Isu Bermasam Muka Dengan Edry KRU

MH Online difahamkan, Vida juga mungkin akan mengetengahkan anak perempuannya iaitu Cik B dalam video klip ini.

IKLAN

“Saya sedang mencari beberapa elemen menarik yang bakal mencuri perhatian peminat. Apa yang boleh saya janjikan, ia akan tampilkan sesuatu yang berbeza berbanding muzik video lagu-lagu lain yang pernah ada,” katanya lagi.

Jika sebelum ini video klip lirik I Am Me mendapat sambutan hangat sehingga memasuki carta trending di Youtube seluruh Asia, kali ini MH Online dapat agak pasti video klipnya ini juga akan mendapat sambutan yang sama.

Lagi pula bila melihat buah hati netizen ini menari dan terhibur dengan kelincahannya. All the best DSV!

SUMBER : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI