Uncategorized

Datuk Seri Siti Nurhaliza Pernah Rasa Nak Give Up, Tapi…

Share

Bukan mudah sebenarnya nak berjaya dalam perniagaan, adakalanya mesti akan ada rasa putus asa.Itulah yang dirasai penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam usahanya menjayakan produknya, Simplysiti.

“Masa tu tahun ketiga atau keempat, saya rasa give up sampai cakap pada suami, nak stop dan fokus pada bidang nyanyian sahaja.

 

“Mujurlah suami pujuk dan bagi sokongan, dia bagi kata-kata semangat pada saya. Sememangnya saya sangat bersyukur dengan sokongan insan-insan ini,” katanya kepada MH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Simplysiti Raya Gathering bersempena Ulang Tahun Kelapan Simplysiti di Menara Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, Siti turut berdepan dengan pelbagai dugaan dalam tempoh bersama jenamanya itu.

“Banyak cabarannya, ada stok hilang, kecurian dan banyak lagi.

 

“Tapi cabaran terbesar adalah dari segi kos sebab kami ingin memberikan produk yang selamat kepada pengguna,” terang Siti.

Dalam perkembangan lain, Siti turut berkongsi mengenai kolaborasinya bersama penyanyi, Hael Husaini.

“Hael ada beri lagu pada saya, sekali dengar je terus suka tapi setakat ini belum ada perbincangan lanjut kerana sibuk.

 

“Apa-apapun kena tunggu September nanti kalau nak tengok kerjasama ini menjadi atau sebaliknya,” akhiri Siti

Foto: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN