Dilaporkan kini keadaan Datuk Maznah Hamid atau lebih dikenali Iron Lady dilaporkan semakin stabil.

Namun, menurut sumber terdekat keluarga Datuk Maznah, pihak hospital kini masih memantau keadaan Maznah untuk tindakan lanjut.

“Alhamdulillah setakat ini semakin stabil, kena tunggu 24 jam kalau semua keadaan stabil, mereka (kakitangan hospital) akan mula membuat pemeriksaan ke atas otaknya dan lain-lain, dan kemungkinan dia akan kena dialisis,”  ujar siapa?

 

Ikon wanita itu telah menjalani tiga kali pembedahan dalam masa sehari.

 

“Banyak darah hulang antara sebab mungkin dia kena buat dialisis,” katanya siapa?

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Maznah berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.

IKLAN

Ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.

Umum mengetahui nama Datuk Maznah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan wanita pertama yang mengetuai sebuah syarikat keselamatan yang dikenali Securiforce.

IKLAN

Kami di MH Online mendoakan agar Datuk Maznah kembali pulih seperti sediakala.

Diharapkan juga seluruh ahli keluarganya sabar dan tabah dengan dugaan ini.

IKLAN

Terdahulu, kita juga dikejutkan dengan berita sedih bahawa Datuk Mahadzir Lokman dan pelakon veteran wanita, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ kritikal dan dimasukkan ke hospital.

Sumber : Sinar Harian, Muhammad Shamsul Abd Ghani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI