Categories: Uncategorized

“Datuk Lee Chong Wei Hidap Barah Hidung, Pohon Doa & Sokongan Rakyat Malaysia,”- BAM

Share

Desas-desus mengenai tahap kesihatan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan beliau telah didiagnosis mengidap penyakit barah hidung.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria menerusi sebuah entri di akaun Instagram BAM.

“Sebagai maklum balas terhadap laporan berkaitan Datuk Lee Chong Wei, BAM mengesahkan pemain itu telah didiagnosis mengidap barah hidung peringkat awal.

“Chong Wei kini mndapatkan rawatan di Taiwan dan memberi maklum balas baik terhadap rawatannya. Beliau kini sedang berehat untuk pulih di samping keluarga dan rakan tersekat,

Dalam pada itu, Datuk Norza turut menyeru semua pihak agar menghormati privasi Chong Wei  dan keluarganya

“Sokongan anda adalah sumber kekuatan dan ketabahannya. Bagi pihak Chong Wei, beliau berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas doa dan rasa peduli,” ujarnya

Perkhabaran tersebut nyata mengejutkan seluruh rakyat Malaysia yang sebelum ini amat mengenali pemain tersebut sebagai seorang yang sihat dan cergas.

Terdahulu, Chong Wei didakwa telah mengalami komplikasi pernafasan yang serius sehingga menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohan besar seperti Sukan Komenwel dan Sukan Asia baru-baru ini.

Dalam pada itu, BAM berjanji akan sentiasa mendapatkan perkembangan terkini tentang Chong Wei dan sedia menawarkan sebarang sokongan kepada lagenda sukan negara itu.

Foto: Instagram BAM

IKLAN