Bintang popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman, 57, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu dan muzik yang lebih menerusi Makna.
Single berkenaan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Red Rahimad, Pown Hasril, Otromen, Aman Nassim dan Ariff Peter.
Menariknya, lagu yang diterbitkan COF Music itu turut menampilkan Salwa berkolaborasi dengan penyanyi dan rapper muda, Red Rahimad.
Salwa berkata, kemunculannya menerusi lagu berkenaan disifatkan sebagai rezeki selain akui kolaborasi bersama Red Rahimad sebagai pengalaman baharu buat dirinya.
“Kata orang rezeki memang tak salah alamat. Sebenarnya saya dah mula nak kurangkan pembabitan dalam bidang seni ini selain sudah kurang berminat nak keluarkan album atau lagu sebenarnya.
“Tapi, anak saudara saya iaitu Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim yang nak sangat saya untuk keluarkan lagu terbaharu bersama dengan Red Rahimad.
“Jadi, semangat itu datangnya daripada anak saudara saya sebenarnya. Kalau pada saya semangat untuk menyanyi tu sudah 50/50 tapi saya tetap buat ‘show’.
“Bila dah diberikan lagu dan lirik, saya tengok macam sesuai dengan jiwa walaupun ada penyanyi rap di situ. Tapi saya di bahagian yang lain iaitu dangdut.
Ads
“Lagu ini ada rentak latin pop dan dangdut sikit. Rasanya ia bersesuaian dengan saya. Pada mulanya saya ingat kena rap, rupanya tak ada. Jadi inilah bahagian saya dan hip hop pula Red Rahimad.
“Rasa teruja bila diundang untuk bernyanyi bersama Red Rahimad. Ia satu percubaan baharu dan kelainan dalam hidup,” katanya yang kali terakhir merakam lagu lebih enam tahun lalu.
Sekian lama tidak berada di studio, Salwa mengakui sedikit ‘gabra’ ketika proses rakaman dijalankan.
“Bila dah dapat lagu, lirik dan melodinya rasa terujalah pula. Saya pun memang lama tak masuk studio jadi gabra itu tetap ada. Tapi disebabkan ada kerjasama daripada penerbit, pencipta lagu dan anak saudara semangat itu datang balik.
Ads
“Kadang-kadang sebagai penyanyi ini bila dah masuk studio, semangat itu dah jadi lain. Jadi saya buat sebaik yang mungkin sebab dah diberikan kepercayaan. Pada saya ia satu pembaharuan bila kita bergabung dengan penyanyi rap ini.
“Alhamdulillah rakaman berjalan dengan baik dan tak memakan masa yang lama. Ia disebabkan rentak lagu ini dangdut hiphop berunsurkan latin pop jadi genre itu sama sahaja macam dangdut cuma dia ada latin sikit. Pada saya ia mudah untuk menghayati lagu ini,” katanya lagi.
Malah, isteri kepada kepada bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz ini turut berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya dari mula sampai sekarang.
Ads
“Macam suami dia tak pernah mengongkong saya kalau nak masih nak menyanyi. Dia sentiasa memberikan saya semangat yang padu untuk meneruskan bidang seni ini. Itu salah satu sebab yang membuatkan saya gembira, tak tertekan dan anak-anak pun mengalakkan.
“Saya buat secara sukarela dan gembira. Insya-Allah mudah-mudahan ada rezeki, kerjasama daripada pihak wartawan dan kerjasama daripada pihak radio untuk putarkan lagu ini.
“Mungkin sampai masanya untuk berundur, saya akan berundur. Sebab saya tak adalah sampai ke tua nak menyanyi. Saya ada sasaran sendiri dan sampai masa akan berundur.
“Kepada peminat yang masih mengikuti perkembangan saya, inilah hadiah untuk mereka yang ingin mendengarkan suara saya yang terbaharu. Semoga peminat dapat terima dengan imej dan rentak baharu ini.
“Terima kasih kepada yang masih bertanya di media sosial, itu tandanya saya masih diminati, alhamdulillah. Harap lagu ini memberikan makna yang baik untuk saya,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo enggan mengulas lanjut berhubung mengapa nama cucu sulungnya, Bunga Elhaq menjadi pilihan anak dan menantunya, Uzair Haqimy dan Elisya Sandha.
Jelas Jinggo, nama tersebut adalah merupakan kombinasi nama anak lelaki dan menantunya sendiri.
“Nama cucu Tok Sidang….BUNGA ELHAQ….Elhaq tu rasanya singkatan Elisya and Haq..So tu jer ler yang Tok Sidang boleh bagitau ke komer takat ni…
“Yang lain Tok Sidang tak boleh memandai mandai bagitahu… sebab apa? Sebab Bunga Elhaq bukan ANAK Tok Sidang tapi CUCU Tok Sidang….eya idak?
“Kalau Tok sidang buat keputusan pasal Haq and Mikha… ada orang lain masuk campur… Tok Sidang… naik angin…sebab apa? Sebab deme anak Tok Sidang, bukan anak komer…jadi nye…
“Bior Haq dengan Elisya yang mula update pasei Bunga Elhaq… baru le Tok Sidang pulak…sebab ape? Sebab Tok Sidang and Sis ni Dada and Nana Bunga Elhaq… eya idak?,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan hos Sheila Rusly ini memberitahu dia tidak mahu untuk masuk campur segala urusan rumah tangga anaknya.
Ini kerana, sebagai bapa dia mahu anaknya supaya belajar untuk berdikari dan membuat keputusan sendiri.
“Kalau kita masuk campur itu ini begitu begini, bila nye deme nak belajor buat keputusan untuk keluarga deme sendiri….sebab apa?
Sebab sebelum ni deme pasangan suami isteri… sekarang udoh jadi DADDY MUMMY..eya idak?
“Moral of the story, Jangan campor urusan anak anak kita yang udoh kawin, kita ni orang tua ni ushaaaa jer…peratiiii jer..
“kalau nampak deme Senget, kita luruskan, kalau nampak salah, kita betol kan… tu jer…sebab apa? Sebab zaman kita nak arahkan deme itu ini begitu begini udoh abes…
“Senang cerita bior le anak kita yang udoh kawin… yang udoh ada anak… yang udoh ada family buat keputusan sendiri kecuali bila TERPAKSA ATAU BILA TIBA MASA….kita orang tua ni kena masuk campor baru kita nyebuk balik …Eya idak?,” tulisnya lagi.
Pelakon Kuna Muzani syukur nikmat apabila anak gadisnya, Nur Elysha berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam Sijil Peperiksaan Malaysia yang didudukinya.
Berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram, Kuna turut menitipkan doa yang baik-baik buat Elysha.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Tahniah @elyshamuzani4 dapat 6A. Umi doakn Elysha berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasalah minta keredhan dari Allah ya.
“Lepas ni you akan bergelar pelajar bukan lagi murid sekolah hehehe. Buat yang terbaik ya. Thank you so much Elysha. Love you,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui kecewa dengan sikap segelintir pengusaha bisnes yang mengambil kesempatan dengan menggunakan fotonya bersama suami tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk mereka.
Menurut Siti, tindakan seperti ini disifatkan amat tidak bertanggungjawab kerana ia bakal mengelirukan para pengguna.
“Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.
“Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.
“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka,” tulisnya.
Rasa kecewa itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga tidak pernah terlibat dengan mana-mana produk lain selain daripada produk-produk yang dipromosikan di laman Instagram miliknya sendiri.
Lantaran itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyeru kepada para peniaga suapaya menjalankan bisnes mereka dengan betul agar mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
“Produk saya adalah @officialsimplysiti @beausitiofficial @afiya.my serta ada produk shampoo kolaborasi dengan @sugardollbynn.
Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan memggunakan iklan palsu.
“Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Siti turut berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...