Isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mendedahkan bahawa suaminya itu sudah hampir tiga bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
Meskipun Fizz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Kamar Kamariah di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, namun Almy mendedahkan bahawa segelintir pihak produksi seakan ‘takut’ untuk menggambil Fizz berlakon kerana menganggap bayaran yang dikenakan terlalu mahal.
“Bila dah 2 bulan tak ada job, muka ketat. Org bajet dia busy,fizz busy,fizz busy,fizz mahal,fizz sibuk… hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada,” tulisnya.
Kecoh di media sosial beberapa hari lalu apabila pelakon Nabila Huda memuat naik gambar bersama seekor anjing jenis Husky Siberian yang menjadi bualan ramai pihak.
Foto tersebut dirakam ketika pelakon berusia 34 tahun itu sedang bercuti ke New Zealand bersama ahli keluarga.
Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian kerana baginya, dia sekadar menunjukkan rasa cinta terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.
“Saya tak anggap perbuatan itu memberi pengaruh buruk kepada sesiapa.
“Saya nak tunjuk bahawa sebagai manusia, kita perlu menyanyangi setiap benda yang ada di muka bumi ini.
“Rasanya tiada masalah untuk kita berbuat baik dengan apa sahaja termasuk jenis haiwan, anjing juga makhluk Allah,” katanya jujur.
Pada masa sama, bintang Munafik ini turut menambah dia dan haiwan berkenaan berada dalam keadaan kering ketika sama-sama merakam foto.
“Ketika foto itu dirakam, saya dan anjing berkenaan sama-sama dalam keadaan kering. Kalau dalam keadaan basah sekali pun, kita boleh samak,kan?
“Jadi, tidak perlulah menjadikan perkara itu sebagai sesuatu isu besar,” jelas Abil kepada MH.
Abil menjelaskan perkara berkeaan ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Malah, tindakannya yang bergambar bersama seekor anjing turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy Search ini menyarankan agar PU Syed atau sesiapa sahaja supaya lebih memberikan fokus kepada isu lebih besar, seperti gejala sosial khususnya melibatkan remaja.
“Kalau ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat atau ceramah sekali pun, lebih baik mereka fokus pada masalah remaja hari ini yang semakin teruk,” jelasnya.
Sementara itu, Nabila dinobatkan pemenang bagi kategori Pelakon Drama Terbaik menerusi Dia Tidak Berdosa, sekali gus mengetepikan calon lain seperti Eyka Farhana, Mimi Lana, Sweet Qismina dan Sherie Merlis.
Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas meluahkan rasa syukur kerana majlis tahnik anak perempuannya, Nur Maryam Maryiah berjalan lancar.
Malah, majlis itu turut disempurnakan oleh ulama, Maulana Muhammad Zubair Albazi dan Maulana Abu Zulfaqar.
“Syukur Alhamdulillah.. Jazakallah khayr tak terhingga buat Maulana Muhammad Zubair Albazi Dan Maulana Abu Zulfaqar kerana sudi tahnikkan anak saya Nur Maryam Maryiah..serta Jazakallah khayr terima kasih sangat2 kepada sahabat saya ust @abdullah78az .. your the mannn Dan semua team khidmat.Anda semua terbaik.
“Semoga Tausiyah YG sungguh bermakna memberi berita YG baik buat Kami apabila mengamalkannya.
“Malam ni Kami dapat ijazat istemewa Dari Maulana Zubair Al Bazi. Tentang amalan Kitab selawat Barkatul Makiyyah,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, bintang berusia 44 tahun itu kini sertai beberapa aktiviti dakwah bersama rakan artis lain dan sebolehnya cuba terapkan dalam diri untuk membahagikan masa antara duniawi dan ukhrawi.
Jojo juga bersama ahli kumpulan One Nation Emcess (ONE) yang lain sedang bersaing dalam program Gegar Vaganza 6, yang kini sudah pun memasuki fasa separuh akhir.
Foto : Instagram Jojo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sering kali kita mendegar ‘kekuatan sorang suami itu bergantung kepada si isteri’.
Begitulah yang dirasakan pelakon senior Mustapha Kamal apabila dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka pada Selasa.
Malah, pelakon itu menyifatkan bahawa sumber kekuatannya berlandaskan sokongan dan dorongan daripada isteri tercinta.
“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri.
“Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga … berkat kesabaran dan kesungguhan usaha , In sya Allah … dia maha penyayang .
“Abg Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat.
“PERMUDAHKANLAH YA ALLAH
JANGAN PERSULITKAN
SUDAHI DENGAN KEBAIKAN. aamiinn,” tulisnya.
“Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.
“Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat,” kongsinya menerusi Facebook miliknya.
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti, Sabri Yunus turut teruja dengan penganugerahan tersebut.
Malah, netizen turut memberikan respon yang pelbagai terhadap posting yang dikongsikan.
Difahamkan, penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Foto : Facebook Mustapha Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.