Selebriti dan usahawan, Datuk Rosyam Nor tidak kisah apabila wajahnya digunakan oleh peniaga Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kalangan M40 dan B40 terpilih demi merancakkan perjalanan jualan produk yang dijual.
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya sejak dulu hingga berjaya mencipta reputasi tersendiri dalam industri seni.
Bagaimanapun, Rosyam yang juga rakan strategik USANITA memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk mengawal selain mengenal pasti produk yang dirasakan ada potensi untuk diketengahkan.
“Kalau tiada mereka, rasanya saya boleh jadi Rosyam Nor seperti sekarang tak? Daripada aku anak setinggan, tak ada apa sehinggalah jadi superstar di negara ini dan sudah ada ‘branding’ sendiri, adakah berdosa untuk saya tolong mereka?
“Biarlah wajah saya bertempek walau seribu produk pun saya tidak kisah. Mereka sudah tolong (sokong) saya dan kini masanya untuk saya buat perkara sama. Bagi saya itulah hubungan atau sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai selebriti kepada peminat.
“Tak kisah atas niat untuk membantu bersama USANITA. Pihak mereka membuka ruang buat peniaga dan saya hanya meneruskannya sahaja. Malah, usaha ini dilakukan sejak fasa pandemik Covid-19 lagi.
“Cuma sudah tentu akan ada beberapa ketetapan yang kita telah lakukan, tak boleh main ambil (wajah pelaris) begitu sahaja. Team USANITA memilih yang bersesuai dan saya terbuka. Kiranya ia terkawal daripada segi penjenamaan,” katanya kepada MH.
Ads
Rosyam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka USANITA di Hotel Pullman Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama hadir berkongsi ialah dua rakan strategik lain iaitu hos Awal Ashaari dan Zoey Rahman.
Bintang filem The Original Gangster ini juga sudi memberi peluang untuk menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan, secara eksklusif.
Dalam pada itu, bagi memperkasakan usaha tersebut, pihaknya turut menambahbaik aplikasi USANITA Mall yang dilancarkan sepenuhnya pada Februari lalu.
Ads
Ia khusus bagi memberi peluang kepada perintis USANITA menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Seri Adzliana Hasan mahu memastikan USANITA Mall bukan seperti lambakan produk di pasar malam, yang tidak nampak eksklusif apabila pelayar melayari platform e-dagang berkenaan.
“Kami tak mahu ia jadi ‘rojak’ sebab kami tahu golongan ini mahu mencipta penjenamaan. Jadi kami sendiri buat ‘branding’ mereka, buat packaging baharu dan sebagainya. Kiranya, kami menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik.
Ads
“Pada masa sama, kami akan beri tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian.
“Mereka juga sebenarnya perlu pengiktirafan, kerana ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya,” katanya.
Adzliana turut menambah, ramai yang sudah mula membuka mata mengenali produk IKS bukan semata-mata jual kerepek selepas mengenali USANITA, tetapi juga tawaran perkhidmatan secara tersasar.
Setakat ini, pihaknya juga telah mempunyai kira-kira 1,800 perintis dan pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis USANITA terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Syura Badron meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan ada menerima mesej daripada seorang individu yang mempertikai caranya memulakan bisnes dan mempunyai produk sendiri.
Jelas individu berkenaan, dia berasa agak hairan melihat pencapaian tersebut kerana merasakan Syura bukanlah seorang artis yang popular dan memiliki tawaran kerja yang banyak.
“Nak tanyalah, betul ke Charmant tu awak punya. Takkanlah awak mampu nak buat produk sendiri?
“Awak bukan popular pun. Job pun takda sangat kan? Ke ada sugar daddy support?,” tulisnya.
Enggan melatah, Syura sebaliknya menafikan perkara tersebut selain turut menyifatkan dia juga sedar akan tempatnya di dalam industri seni tanah air.
“Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila di fitnah macam ni.
“Rezeki saya dalam bidang seni, tidak menyebelahi saya. Kabel pun takda tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat berlakon, melawak, hosting semua saya buat.
”Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni tapi at least saya berjuang untuk cari rezeki. Bukan ambil cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu,” jelasnya.
Lantaran itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini mendedahkan dia telah memulakan perusahaan itu dengan duit simpanannya sepanjang bergelar anak seni dari dulu sehingga sekarang.
“@charmant_hq tu saya yang bina dengan hasil saving saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri. Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan.
“Mendoakan lebih baik dari memfitnah macam ni. Tak apalah, kata-kat awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut berharap agar dakwaan fitnah tersebut dapat dihentikan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga akan terus sukses selepas ini.
Sumber: Instagram Syura Badron
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fify Azmi berkongsi pengalaman cemas selepas terkandas di Pulau Perhentian, Terengganu akibat ribut dan hujan lebat, baru-baru ini.
Menurut Fify, operasi menyelamat kesemua mangsa yang terkandas di pulau bekenaan tidak dapat dilaksanakan, ekoran situasi hujan ribut yang berlaku.
“Saya sepatutnya balik dua hari sebelumnya tetapi disebabkan keadaan yang berlaku, kami semua tidak dibenarkan untuk balik.
“Malah, semua bot kecil dan besar tidak dapat nak masuk ke kawasan Pulau Perhentian jadi memang kami semua tak boleh nak balik.
“Waktu operasi menyelamat, tiada satu bot pun yang boleh masuk tapi kami semua berada di satu kawasan yang selamat,”katanya.
Dedah Fify atau nama sebenarnya, Nor Afiqah Mohamed Azmi lagi, situasi tersebut mula berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Jeti Besut ke Pulau Perhentian.
“Sebenarnya, saya pergi ke sini sebab atas ada urusan kerja pelancongan. Mula-mula, masa nak pergi tu memang orang dari pihak sini cakap boleh datang.
“Jadi saya pun pergi, cuma bila dah sampai sana tu tiba-tiba keadaan cuaca mulai berubah. Sejujurnya, masa saya dalam bot lagi dah rasa ombak dia lain macam.
“Cuaca masa tu pun dah gelap, saya sangka awalnya macam hujan biasa jadi, saya pun tawakal sahaja. Sekali hujan pun turut dengan sangat lebat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Kau Cipta Kasih ini bersyukur kerana semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kejadian buruk berlaku.
“Bagi saya, keselamatan semua orang itu sangat penting tapi Alhamdulillah, semua mangsa di sini selamat dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2015 ini lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Fify Azmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...