Pelakon filem Paskal, Hafizul Kamal meluahkan rasa terujanya apabila berpeluang menjadi sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan Hari Kebangsaan ke-65 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pagi Rabu.
Berkongsikan video kenangan manisnya itu di Instagram, Hafizul, 37, terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap perarakan tersebut yang dibanjiri lebih 100,000 penonton itu.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, dia bertuah dan bersyukur kerana dipilih menyertai perarakan bersama Pasukan Khas Laut (Paskal) di hadapan tetamu VIP termasuk Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Dari kecil tiada rezeki nak turun dataran. Tak tahu pula tua-tua ni dapat merasa duduk atas trak tabik hormat pada panglima (tentera) dan Agong. Alhamdulillah,” tulis Hafizul menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Selain Hafizul, perarakan itu turut disertai dua rakan pelakon Paskal lain iaitu Ammar Alfian dan Taufiq Hanafi yang memuat naik momen bermakna itu menerusi media sosial masing-masing.
Ads
Untuk rekod, mereka merupakan pelakon filem aksi ketenteraan, Paskal yang diterbitkan pada 2018. Ia diarahkan oleh Adrian Teh.
Filem berdasarkan daripada kisah benar ini mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Ads
Selain Hafizul, Ammar dan Taufiq, filem yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM30 juta itu turut dibintangi Hairul Azreen, Jasmine Suraya Chin, Gambit Saifullah, Henley Hii dan Namron.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafizul Kamal & Ammar Alfian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anna ditemui di pementasan teater Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJPac, Petaling Jaya, malam Khamis.
Merasa sedih bagi pihak ibunya yang dibuli siber, namun pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu bersyukur ibunya seorang yang kuat berdepan dengan perkara tersebut.
“Alhamdulillah, ibu saya seorang wanita yang kuat dan dia tak kisah pun.
“Dia hanya memberi sepenuh fokus pada saya. So you know what… buatlah apa yang kamu nak buat.
“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak buat apa-apa.
“Mungkin sebab saya seorang public figure, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya.
“Kenapa tak komen tentang kerjaya saya sahaja? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut… mereka akan sentiasa bercakap,” katanya lagi.
Berbaki tiga lagi persembahan, selain Anna, teater Maduku Terpaling Kalut turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Curly Jow, Syafiq Naser dan Aya Amirudin.
Naskhah ini diterbitkan oleh Mask Team dan merupakan arahan Azhar Zainal.
Sejak empat bulan di pasaran, inai ‘instant’ Mazaville (Inai CheTa) yang diusahakan Anas Zahrin dan pelakon popular, Rozita Che Wan sudah terjual lebih 100,000 kotak.
Malah hingga kini terdapat lebih 1000 pengedar berdaftar yang sudah berjaya menjana pendapatan sampingan mereka berbekalkan jualan inai berkenaan.
Tidak mahu terus selesa dengan apa yang telah dicapai, jenama tersebut terus optimis sasar untuk membantu kira-kira 1 juta wanita di Malaysia menjana pendapatan sampingan.
Rozita Che Wan atau Che Ta berkata, pihaknya sedar usaha membangunkan ekonomi golongan wanita mahupun suri rumah tidak pernah bernoktah.
“Macam kami sering tekankan, rezeki itu ada di mana mana. Kami sedar ramai yang mengusahakan perniagaan inai ketika ini, tapi tak kisah meski tidak kisah persaingannya sengit, kita kena terus berusaha.
“Sebab itu saya dan Anas sebagai pengasas mahu terus bantu 1 juta wanita di Malaysia tak kira apa status mereka untuk terus menjana pendapatan.
“Kami bersyukur sejak Jun lalu biarpun berdepan saingan dan kontroversi tak terduga dengan pengusaha inai lain, niat dan misi kami untuk menjana ekonomi golongan wanita ini tak pernah goyah,” katanya.
Che Ta yang juga isteri kepada pelakon Zain Saidin menambah, pengalaman bergelar wanita berdikari sebagai ibu tunggal sebelum ini banyak membuka ruang baginya menyelami getir rasa golongan Hawa.
“Sekalipun kita sudah berada di fasa endemik, di mana kerancakan ekonomi terus melonjak, persaingan dan peluang untuk menjana pendapatan itu terus terbentang luas.
“Malah saya pernah bersembang dengan ejen dan stokis inai kami, ada yang berjaya menjana pendapatan lebih RM75,000 sebulan.
“Yang penting kita berniaga dan bersaing secara sihat. Hasilnya, insya-Allah membahagiakan. Nak hidup, kena ketepikan rasa malas dan segala macam perasaan negatif,” kata Che Ta.
Dalam pada itu, Che Ta bersyukur kerana produk inai terbabit juga diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat daripada pihak Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu pada 14 September lalu.
“Syukur tak terhingga apabila inai ini berjaya diuji serta menjadi jenama inai pertama yang mana ujian di lakukan pada kuku manusia sebenar dan sah untuk penggunaan solat oleh pihak universiti berkenaan.
“Kami tahu ada pihak yang menguji penggunaan inai hanya di atas gelas atau bahan lateks yang belum tentu tepat dan sah digunakan dalam solat.
“Sebelum ini memang kami sedar dengan kewujudan dalil dan perdebatan mengenai sah atau tidak penggunaan inai ini. Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ada golongan wanita keliru.
“Terutamanya berkaitan inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib. Tapi akhirnya, inai kami ini sah dipakai dalam bersolat,” katanya sambil dipersetujui Anas.
Anas berkata, ujian klinikal terbabit dilakukan pensyarah universiti berkenaan iaitu Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani.
“Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang kimia dan biomaterial. Ujian terhadap inai kami itu dilakukan sekitar sebulan dengan lebih 50 ‘sample’ diuji menggunakan variasi parameter berbeza medium untuk mendapatkan keputusan tepat dan jitu.
“Medium digunakan termasuk ke atas lateks, gelas (kaca) dan sebagainya. Saya diberitahu teknologi gunakan pihak hospital turut dinaiktaraf termasuk menggunakan penggunaan kuku pelajar universiti sebagai testimoni dan ia diuji saintifik sebagai telap air dan sah solat,” katanya.
Sementara itu, percaturannya mengusahakan perniagaan inai ‘segera’ ini disifatkan berjaya dan bukan sekadar perniagaan ‘hit and run’.
“Kami ingin melakukan perniagaan inai ini secara berpanjangan kerana misi utama adalah membantu wanita atau mereka yang memerlukan untuk kelangsungan hidup.
“Menghampiri hujung 2022, kami optimis sasaran jualan inai ini sebanyak 300,000 kotak atau lebih dapat dijual. Pemilihan Che Ta yang komited mempromosikan inai juga amat saya hargai. Sampai orang ingat inai, ingat Che Ta,” katanya.
Che Ta dan Anas ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan bertemakan Malam Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada Khamis.
Turut dilancarkan pada majlis berkenaan ialah pembungkusan semula kotak inai selain produk terbaharu gincu mawar hitam atau Black Rose Che Ta yang dijual pada harga RM19.90.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shila Amzah tidak melatah berkaitan isu tular membabitkan dirinya yang dirakam membuang gula-gula di atas pentas ketika menjayakan sebuah persembahan, baru-baru ini.
Mengakui ia khilaf sendiri, Shila atau nama sebenarnya, Norshahila Amir Amzah, 32, berkata, perkara itu bukan disengajakan kerana dia sebenarnya kurang sihat pada hari kejadian.
Apatah lagi ibu kepada Seth Uwais itu telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada Anugerah Juara Lagu yang lalu.
“Ya, kekhilafan saya sebenarnya.Saya tak sihat sebelum konsert itu berlangsung, saya batuk.
“Saya ada satu habit sebelum persembahan saya suka makan gula-gula berangin.
“Tapi disebabkan saya demam, saya terlupa (nak buang sebelum itu).
“Masa tengah menyanyi, saya rasa nak tercekik sebab tu saya buang gula-gula tu, kalau telan takut tercekik sebab gula-gula itu jenis kenyal, nanti kena panggil pasukan medik pula,” katanya kepada MH.
Shila ditemui pada majlis pengumuman Top 5 calon akhir Anugerah Industri Muzik ke – 23 (AIM23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Susulan isu tular berkenaan, dia reda dengan apa yang berlaku dan merasakan ia sebahagian daripada asam garam dunia hiburan.
“Bila dah viral, tidak mengapalah benda dah jadi. Lagipun ini dunia hiburan kan, orang nak cakap apa pun cakaplah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shila juga pernah tertangkap melakukan perkara sama ketika AJL36 yang diadakan pada Mac lalu.
Dalam pada itu, Shila Amzah teruja apabila dua lagu nyanyiannya tercalon dalam AIM23.
Shila tercalon kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu duet dengan Liza Hanim iaitu Bahagiakan Dia serta lagu Khilaf Asmara yang tercalon kategori Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama.
“Saya gembira dengan pencalonan ini. Kalau kita tengok pencalonan kali ini penuh dengan pelbagai genre serta penyanyi generasi baharu.
“Lagipun sudah dua tahun AIM tidak adakan, tak sabar menantikan keterujaan pada malam kemuncak itu nanti.
AIM23 bakal berlangsung pada 11 September ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...