Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Fizo Omar ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama sebuah kereta berjenama.

Dianggarkan kerata berkenaan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Bagaimanapun, peminat pada awalnya mungkin menyangka bintang drama bersiri Adellea Sofea itu telah membeli kenderaan berjenama tersebut namun ia tidak seperti yang disangkakan.

Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar hanya sekadar berseloroh menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.

“RM 1.8 Million – Lamborghini Urus!Finally, dapat jugak sebelum raya,sebelum ni dok usha dari jauh jer, bila lah ada rezeki nak amik satu kan.

IKLAN

“Terima kasih kepada yg support dan mendoakan yea.Alhamdulillah hasil penat lelah kerja siang malam, dapat juga merasa beli fon baru buat amik gambar ni.

“@dtcmotors#janganmarahyeteruskanberdoamanalataudapatketebetulbetul
#jangankecamdanjanganserioussangatbolehtak#lamborghiniurus#hargaRM1.8jutajerrrrrrr,” tulisnya bersama beberapa tanda palang.

IKLAN

Lalu, perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini mendapat perhatian netizen.

IKLAN

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur melihat perkongsian Fizo tersebut.

“Dapat Jugak Sebelum Raya,” – Fizo Omar Payung Kereta Harga RM1.8 Juta “Dapat Jugak Sebelum Raya,” – Fizo Omar Payung Kereta Harga RM1.8 Juta

Alahai, ada-ada sahaja gelagat Fizo yang menghiburkan hati peminat. Kelakar!

Foto: Instagram Fizo Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI