Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall kini berjaya memiliki kediaman pertama jenis kondominium yang mencecah harga kira-kira RM1 juta di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Kejayaan tersebut menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana dia turut menjaga abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33.
Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bukan saja mampu membina jenama perniagaan sendiri, tetapi juga mempunyai impian besar ingin membantu keluarga.
“Pada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga. Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan bebannya.
“Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksa terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang. Waktu itu dia tak pernah paksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.
“Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas. Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini.
Ads
“Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta.
“Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor,” katanya.
Momen bermakna itu turut dikongsikan Siti Jamumall menerusi akaun TikTok, pada Isnin.
Berkongsi lanjut mengenai perjalanan jatuh bangun bersama Mohd khairul Nizam, Siti Jamumall mendedahkan syarikat abangnya sebelum ini pernah berhutang hampir RM1 juta.
“Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat susah. Hampir RM1 juta hutang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan.
“Saya kasihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tolong abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga. Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah ‘live’ sebab percuma.
“Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan. Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hutang.
Ads
“Kalau minat bisnes buat betul-betul dan jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada cabaran tapi kena percaya bila ikhlas dan niat itu baik Tuhan akan tolong. Saya tak pernah mimpi dan jangka pada usia 23 tahun boleh dapat semua ini. Saya percaya bila usaha dan buat sampai dapat tak akan pernah sia-sia,” katanya lagi.
Lebih membanggakan, dia secara tidak langsung telah berjaya membantu ramai peniaga bumiputera.
“Sejak melancarkan produk terbaharu di bawah jenama Whitekish O2 Bubble, alhamdulillah saya berjaya membantu ‘affiliate’ yang tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pun dan mereka berjaya mendapat RM30,000 dalam masa dua hari.
“Saya bersyukur dapat bantu orang di luar sana mungkin orang nak cari pendapatan tambahan melalui TikTok. Saya sangat seronok bila tengok mereka boleh tambah pendapatan. Sesiapa yang nak belajar buat bisnes kami juga ada buat kelas. Tak susah dekat hujung jari saja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penampilan anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida, Cik B di sebuah acara kasut terbesar negara telah menarik perhatian ramai.
Sewaktu menghadiri acara tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah mengenakan pakaian, scarf dan kasut daripada jenama terkemuka dunia Dior yang dianggarkan berjumlah RM14,000.
Malah, mata netizen juga turut tertumpu pada jam tangan mewah yang digayakan Cik B yang dikatakan mencecah harga setengah juta ringgit.
Kesemua harga barangan tersebut didedahkan oleh pemilik akaun Twitter Beastlab.
Bagaimanapun, pendedahan tersebut turut telah mengundang kecaman daripada segelintir warganet.
Ada diantara mereka menganggap segelintir orang kaya ini tidak memiliki citarasa yang bagus dalam soal pemilihan pakaian.
“Memang yang kaya raya banyak wang ni tasteless ke? Serabut je mak tengok,” tulis individu tersebut.
Enggan berdiam diri, Cik B tampil membalas komen tersebut bagi mempertahankan dirinya.
Jelas penyanyi lagu Tolonglah ini, dia tidak pernah mementingkan mengenai soal jenama dalam bab pemilihan pakaian kerana baginya keselesaan adalah aspek yang paling utama.
“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai. Cik B main rembat je apa dalam almari asalkan selesa.
“Bukan nak flex atau style sangat pun hehe. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?,” katanya.
Katanya lagi, dia tiada masalah untuk mengenakan pakaian yang dibeli di bundle atau kedai terpakai.
“Btw baju Cik B sebelum ni semua bundle. Kalau tak pakai baju Dior tu kang rosak pulak an terbiar dalan almari je,” kongsinya lagi.
Pelakon dan usahawan Mia Ahmad mendoakan semoga dirinya terus istiqamah di dalam menjadi Muslimah yang lebih baik.
Tampil sopan bertudung sejak tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini melayangkan coretan tersebut menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram.
“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden…
“Sorry, I dress for Allah…”
“Ada yang cakap I tak kan istiqomah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah,” t
“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.
Sekadar info, Mia yang kini sedang hamil anak ketiga mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Mohamad Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 4, dan Iris, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...