Menerusi perkongsian di laman Instagram milik pelakon Zarina Zainoordin, dikhabarkan bapa tercintanya telah pergi menghadap Yang Maha Esa.
Jelasnya, dia sempat bertemu arwah bapa pada 4 Januari lalu sebelum bapanya meninggal dunia keesokan harinya.
“Aku balik kampung hari sabtu 4/1/20 jumpa abah, petang sabtu aku balik JB sebab kena kerja hari ahad. “Abah amad balik dulu ya, nanti amad datang lagi”, balas abah “yelah, baik-baik”.
“Dapat berita subuh ahad 5/1/20 abah dah pergi buat selamanya, kalau aku tahu ianya hari2 terakhir abah aku takkan balik JB sabtu tu.
“Ya aku datang lagi, tapi abah dah tak ada. Allahu,” tulisnya.
Ads
Dia turut meluahkan kesedihan tidak dapat berada di sisi arwah bapa di saat-saat terakhir sebelum meninggal dunia.
“Dulu abah taknak pergi hospital sebab sakitnya, anak2 pujuk sampai la abah nak masuk hospital. Setelah sekian lama keadaan abah tak ada juga perubahan.
“Petang sabtu aku tengok abah, ayat terakhir abah “Amad, sakit abah tak baik-baik”. Aku cakap abah kena la kuat. Ya, kita boleh cakap tapi kita tak tahu sakit yang ditanggung… AKAK TAHU ADEK KUAT, kite doa yang baik2 utk abah kite . alfatihah .
Ads
“Maafkan amad abah sebab tak ada disisi abah saat2 abah hembuskan nafas yang terakhir.
“Ini gambar terakhir abah datang rumah aku kat JB naik bas tahun lepas.. rindu abah..
Ads
“Ya Allah… lapangkanlah kuburnya, terangilah kuburnya, sejuk dan sejahterakanlah kuburnya, lepaskanlah abah drpd azab kubur dan tempatkanlah abahku bersama orang yang beriman, al Fatihah,” kongsinya.
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut kelihatan Sheila sedang bergambar bersama rakan pelakon, Ayda Jebat dan Ozlynn.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ada meluahkan pendapat bersama peminat.
“Kitaorang setuju lelaki kelakar lagi bagus dari lelaki handsome. At least boleh gak buat kitaorg gelak dari lelaki handsome tapi menyakitkan hati buat apa.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.” Itu lafaz yang terungkap oleh Lisa Surihani apabila bercerita mengenai proses rawatan pembedahan lasik yang dijalaninya di Pusat Mata dan Lasik milik Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, baru-baru ini.
Sambil merakamkan rasa syukur, sesi berkenaan berjalan lancar dan prosedur yang dilakukan hanya mengambil tempoh kurang 10 minit.
“Saya menangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya, ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan dibuat, Prof minta saya buka kanta lekap dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar. Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
“Bayangkan selepas selesai, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.
“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nimatNya. Menerusi Prof Muhaya, saya memang rasa sebak ketika itu,” jelas Lisa kepada MH.
Ditanya mengapa mengambil masa agak lama untuk melakukan prosedur tersebut, juri Maharaja Lawa Mega 2019 ini mengakui ia ada berkaitan dengan anxiety dan ‘seriau’.
“Mungkin kerana ada rasa seriau. Namun saya syukur kerana ke tempat yang betul. Sebelum prosedur dimulakan, Prof terlebih dahulu baca doa dan berzikir. Buatkan saya rasa selesa dan beliau sangat membantu.
“Prosedur itu pun kurang dari 10 minit. Mungkin lima atau tujuh minit kot. Saya berikan isyarat ‘thumbs up’ pada ibu yang ketika itu berada di luar dari sisi cermin sebagai tanda saya okay,” kongsinya lagi.
Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed sebelum ini ada mendedahkan dia mengenakan kanta lekap lebih 29 tahun kerana mengalami masalah rabun.
“Saya kenakan kanta lekap kerana saya memang alami masalah rabun dan bukan atas sebab kosmetik. Jadi cara saya pakai dulu, kemungkinan saya perlu lakukan penjagaan yang lebih baik. Misalnya pemakaian kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.
“Namun ada ketikanya saya kenakan ia lebih 11 jam malah ada juga bawa sampai ke tidur. Jadi bagi mereka yang perlu pakai kanta lekap, tolonglah jaga perihal mata anda,” ujarnya.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini turut memberi pesan kepada ramai agar sebolehnya, lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Lisa sebelum ini turut memuat naik beberapa posting di Instagram bagi berkongsi pengalaman tidak ternilai itu bersama peminat dan pengikutnya.
Dihujani komen saiz tubuh badannya yang dikatakan semakin gempal dan berisi baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime tenang menghadapi perkara tersebut.
Bagaimanapun, Atikah dilihat ada meluahkan rasa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan antara dirinya dan bintang Hollywood, Kylie Jenner.
Kongsinya menerusi Insta Stories, ramai yang memuji sosok badan adik kepada Kim Kardishan itu, namun ada yang menyifatkan saiz badan Atikah sebagai ‘gemuk’.
Terdahulu, pelakon drama Tuan Danial itu telah memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan dres senteng dalam rona pastel.
Dalam ramai yang memuji, ada juga memberi komen yang kurang senang terhadap posting berkenaan.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.