Persembahan bertenaga yang diberikan Liza Aziz pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 11 (GV11) malam tadi, memberi kelebihan kepadanya apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan sembilan perserta bertanding.
Liza yang membawakan lagu hits Dolla iaitu Damelo berjaya memihat hati para juri dan menerima menerima 81.90%.
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang Dyrga Dadali dan Sheila Abdul dengan markah sebanyak 75.50% dan 72.40%.
Ads
Tiada Peserta Tersingkir!
Sementara itu, The Lima, Arrora Salwa dan Fairuz Selamat berada di kedudukan ‘bottom 3’, dengan markah sebanyak 65.30%, 59.80% dan 59.20%.
Bagaimanapun, tiada penyingkiran diumumkan malam tadi, sekali gus memberikan peluang kepada semua bintang untuk terus bersaing pada minggu hadapan.
Ads
Semak markah kesemua peserta minggu ketujuh mengikut kedudukan;
Sosialit terkenal New York, Jocelyn Wildenstein dilaporkan meninggal dunia pada 31 Disember 2024 ketika berusia 84 tahun.
Kematiannya itu disedari oleh tunangnya, Llyod Klein yang cuba mengejutkannya untuk makan malam Tahun Baru namun wanita tersebut tidak memberikan sebarang respon.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, turut dimaklumkan bahawa sosialit tersebut meninggal dunia di kediaman sementara mereka di Paris.
“Dengan berat hati dan dengan kesedihan yang mendalam, Lloyd Klein mengumumkan kematian tunang tercinta, Jocelyne Wildenstein.
“Jocelyn meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya pada lewat petang 31 Disember 2024 di suitenya di Paris yang merupakan tempat pasangan itu tinggal sementara sejak Ogos 2024,” kongsi kenyataan tersebut.
Punca awal kematian Jocelyn diklasifikasikan sebagai kegagalan fungsi jantung.
Imbas kembali, Jocelyn bukanlah seorang pelakon mahupun penyanyi, namun dia terkenal di dunia Hollywood sebagai sosialit yang gemar melakukan pembedahan plastik.
Pembedahan plastik melampau yang dilakukan menjadikan mukanya kelihatan seperti kucing, dek kerana itu dia sering diberi gelaran the real life Catwoman.
Dengan penampilan yang sebegitu, dia menjadi tumpuan ramai. Jadi tidak hairanlah jika dia memiliki lebih sejuta pengikut di Instagram
Hidup sebagai sosialit, Jocelyn dikenali ramai apabila dia mengahwini hartawan New York, Alec Wildenstein pada 1978 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun jodoh tidak panjang, mereka bercerai selepas 19 tahun berkahwin. Kisah perceraian Jocelyn menjadi bualan hangat kerana dia menerima wang bernilai USD2.5 bilion hasil perceraian tersebut.
Terkini, Jocelyn menjalinkan hubungan dengan Llyod Klein yang merupakan seorang pereka fesyen sejak tahun 2001 sehingga kematiannya. Jejaka itu berusia 21 tahun lebih muda daripadanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketiadaan pelawak Yassin Yahya di acara yang disertai oleh kumpulan Senario kebelakangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.
Terbaharu, kelibat Yassin yang tidak kelihatan ketika majlis pengumuman Duta Jakel 2025 turut mencuri perhatian.
Semua anggota Senario iaitu Wahid, Lan Pet Pet, Saiful Apek, Azlee dan Illya hadir di acara pelancaran duta rasmi jenama pakaian dan tekstil popular itu tampil, namun tanpa kehadiran Yassin.
Mengulas mengenai ketiadaan salah seorang anggotanya itu, Saiful Apek mewakili Senario berkata, mereka tidak berani untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Kami rasa perkara itu perlu diserahkan kepada pihak yang mutlak dan lebih sahih. Jadi saya mengambil sikap untuk berdiam diri.
“Semua boleh buat spekulasi dan andaian, tapi kita sendiri tidak ada kepastian mengenai perkara itu, jadi tak berani hendak cakap apa-apa.
“Terus terang cakap, saya sudah kenal dia lama. Dia mungkin tak pandai mana, tapi dia tak bodoh mana.
”Jadi, kita doakan yang baik-baik,” katanya ditemui pada sidang media pengumuman Duta Jakel 2025 di Jalel Mall di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Mengulas dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Yassin sebagai pelawak ditahan di Jeddah, Arab Saudi, Oktober lalu atas dakwaan kesalan dadah, ini pandangan Apek.
“Kalau nampak sesuatu yang tak elok berlaku, kita kena rasakan diri kita belum cukup baik. Kalau rasa diri baik, kita kena fikir ada orang lebih baik.
“Itu cara untuk muhasabah diri. Kepada orang di luar sana bertanggungjawablah dengan kata-kata,” katanya lagi.
Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun identitinya tidak didedahkan.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.
Dalam perkembangan lain, Senario diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Selain Senario, selebriti lain yang turut diumumkan sebagai duta termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad sekeluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir sekeluarga, pempengaruh Tiktok Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Jaa Suzuran mengulas mengenai berita penangkapan membabitkan abang dan kakak iparnya, yang juga penyanyi lagu popular Bey Soba Bey, Eda Ezrin, bersama empat lagi rakyat Malaysia di sebuah hotel di daerah Sungai Golok, wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
Mereka telah ditahan pada 1 November tahun lalu, dipercayai bersama lebih 6,000 pil methamphetamine atau pil kuda.
Ketika ditemui, Jaa akui terkejut dengan berita tersebut namun tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan perkara terbabit.
“Sudah tentu saya terkejut sebab berlaku secara tiba-tiba. Susah saya nak jelaskan.
“Kalau contohnya kejadian sama berlaku kepada anda, sudah pasti turut memberi kejutan.
“Kami sekeluarga sekarang hanya mampu berdoa supaya segala urusan dipermudahkan.
“Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tiada di tempat kejadian. Cuma saya harap ujian yang berlaku ini baik-baik sajalah,” katanya kepada MH.
Jaa berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Soloz: Game of Life di GSC Starling, Petaling Jaya, pada Isnin.
Tenang menjawab setiap soalan dan memahami tugas rakan media, Jaa bagaiamanapun meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi atau andaian tidak berasas mengenai kes sedang berjalan di mahkamah.
“Saya harap kita berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, kita tak tahu cerita sebenar yang terjadi pada waktu kejadian.
“Saya tidak dapat nafikan, kadang-kadang saya pun sebelum ini pernah terlepas daripada memberikan komen apabila sesuatu isu itu viral, walau hakikatnya kita pun tiada di tempat kejadian.
“Percayalah kalau ada perkara yang saya boleh cakap, memang saya nak bercerita. Sebab sudah tentulah, siapa yang tak mahu pertahankan keluarga. Betul tak?,” katanya lagi.
Menyedari bahawa kes yang berlaku mendapat perhatian dan liputan meluas, Jaa berkata dia tidak dapat menghalang orang ramai daripada terus bercakap, terutamanya di media sosial.
“Kadang-kadang saya memilih untuk tidak melayan komen yang ditinggalkan. Lagipun kita tak boleh nak salahkan mereka juga sebab benda viral.
“Siapa yang tak ikut (perkembangan kes)? Saya hanya mampu ‘tahan’ dan sabar sajalah. Kita nak marah pun tiada guna,” katanya lagi.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan lima yang lain dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil yaba dan mengambil dadah di Sungai Golok.
Eda dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35; bersama empat lagi individu termasuk Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; Erdeka Mohd Noor, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki pil yaba.
Namun begitu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah (memasuki dadah dalam badan) selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Wilayah Narathiwat.
Kesemua tertuduh didakwa memiliki pil yaba di sebuah hotel di Sungai Golok pada jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November tahun lalu, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...