Menjadi seorang selebriti bukan satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila berdepan atau menerima komen pedas serta kritikan daripada netizen.
Pelakon Amelia Henderson misalnya, dia mengakui dirinya antara yang menerima kecaman dan kritikan netizen, terutamanya menerusi media sosial.
Lalu, bintang berdarah campur India-Scotland itu ada memberi pandangan mengenai perkara berkenaan.
“Saya rasa semua orang akan dapat kecaman, tak kisah lah anda pakai baju apa sekali pun, siapa diri anda, tetap akan terima kecaman atau komen sekeliling.
“Pastinya wujud apa yang anda kongsi di media sosial anda akan dapat kritikan, jadi pada saya kalau macam anda tak suka dengan orang tu, atau tak suka dengan apa yang dia post, anda boleh tekan saja butang unfollow, blocked dan sebagainya”, katanya kepada MH.
Malah, perkara itu juga boleh terjadi terhadapnya.
“Kalau macam anda tak suka dengan saya, jangan lah comment dekat Instagram saya.
“Saya baca semua komen diterima tapi kadang-kadang saya rasa malas nak baca sebab orang yang komen negatif tu bukan dia kenal saya pun.
“Jadi kenapa saya nak kena ambil hati dengan apa yang dikomen sebab dia tak kenal saya?
“Jadi perkara sedemikian tak menganggu dalam hidup saya pun,” jelasnya lagi.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan penyanyi adik beradik Shila Amzah dan adiknya, Syada Amzah.
Terbaru, Syada yang kini sedang bersaing di program realiti nyanyian Big Stage 2019 ada menerima komen mengenai kualiti nyanyiannya di Instagram kakaknya.
Shila menerima komen dan kritikan daripada seorang individu mengenai nyanyian adiknya itu.
“Adik you xsedap nyayian..syada amzah… Only you have talent..if you yg nyayi kat big stage tu hari.. Mesti dah tapau semua penyayi wanita vocal tah pape… Please masuk big championship,” tulis netizen diruangan komen Instagram.
Lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Tiada Dirimu itu dilihat turut meninggalkan komen terhadap kenyataan individu tersebut.
“she still young, there are room for improvements.. I still remember when I was at her age.. People don’t really like how i sang or how my voice sounded like at that time… We will grow in time.
“they are all so young still, ada yang suara belum develop well.. As you get older, suara perempuan banyak kali pecah.. Now that I’m pregnant, my voice is becoming more mature and rounded.. It used to be so sharp and nasally.
“They all have big talents, cuma kena asah lagi tapi bagi lah masa,” balas Shila optimis.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memberikan reaksi yang pelbagai mengenai perkara tersebut.
Foto : Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya