
Anak sulung sememangnya mempunyai tanggungjawab besar tergalas di bahu mereka sejak lahir lagi.
Apa taknya, semakin ramai adik, semakin besarlah tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya kan?
Oleh itu, MH ingin berkongsi fakta anak sulung yang perlu tahu.
1. Matang dan bertanggungjawab
Selalunya anak sulung ini lebih matang daripada usia mereka, maklumlah ada adik-adik yang perlu dijaga kan?
2. Kreatif & Bijak
Mungkin sebab anak sulung ini lahir dulu, maka mereka lebih ada banyak masa untuk ‘explore’ dan turunkan ilmu tersebut kepada adik-adik.
3. Cekal
Yup, anak sulung ini selalunya kena cekal terutama bila ada sesuatu insiden berlaku, adik-adik akan cari yang sulung dulu kan?
4. Seorang pemimpin
Ini memang betul, sebab anak sulung ini sejak kecil lagi dan kena memimpin adik-adik kan? Jadi sikap seorang pemimpin tu memang dah adalah.
5. Penyayang
Walaupun kadang-kadang nampak macam mereka ini tak care, namun jauh di sudut hati, anak sulung ini sangat penyayang terhadap adik-adiknya. Kalau ada gaduh pun, gaduh-gaduh manja gitu jer.
Haa… dalam pada itu, MH juga ingin berkongsi 5 selebriti ini yang merupakan anak sulung dalam keluarga mereka.
1. Bell Ngasri
Merupakan abang kepada pelakon, Darling dan Anne Ngasri. Ketiga-tiga mereka mula menceburkan diri dalam industri sejak kecil lagi.
2. Ashraf Sinclair
Abang kepada penyampai radio, Aishah Sinclair. Dia kini berkahwin dengan pelakon Indonesia, Bunga Cinta Lestari dan mempunyai seorang anak.
3. Shasha Saidin
Merupakan kakak kepada Zain Saidin dan merupakan salah seorang anggota kumpulan Elite.
4. Datuk Norman Abdul Halim
Abang sulung kepada Edry dan Yusry. Juga merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios.
5. YB Nurul Izzah Anwar
Merupakan anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia juga merupakan Ahli Parlimen, Permatang Pauh. Anak sulung daripada lima orang adik-beradik.
Foto/Instagram: Selebriti