Pelakon Diana Danielle tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya dalam sebuah program audio siar yang menyentuh soal kehilangan teman rapat sewaktu berumah tangga.

Menurut Diana, individu yang dimaksudkan itu tidak lain adalah bekas suaminya sendiri, pelakon Farid Kamil.

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

“Saya memang bercakap mengenai perkahwinan saya. Ia bukanlah satu rahsia. Pada saya, kenyataan saya itu jelas. Saya tak tahu mengapa ia jadi isu.

“Saya bukan bercakap tentang sahabat baik yang lain. Dalam perkahwinan, orang yang rapat dengan kita adalah suami,” katanya.

Diana berkata demikian ketika ditemui dalam program Meletop di Astro Bukit Jalil.

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

Katanya lagi, orang ramai sepatutnya menonton episod penuh sebelum membuat sebarang andaian.

Dalam masa sama, Diana menafikan bahawa kenyataan emosinya itu bermaksud dia merindukan kehidupan lama bersama Farid.

Ads

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

“Saya tidak jangka akan menjadi sebegitu emosi ketika itu. Saya memang agak sedih tapi itu tidak bermaksud ia mempunyai kaitan dengan kehidupan saya yang lama.

“Mungkin pengacara program tersebut adalah sahabat baik saya. Disebabkan itu, saya dapat meluahkan segala perasaan.

“Namun, ada pihak yang salah tafsir dan mendakwa saya merindukan kehidupan yang lama. Sebenarnya tidak. Fokus saya ketika ini adalah untuk masa hadapan,” katanya

Tak Halang Farid, Fokus Utama Ialah Anak-anak

Diana turut menzahirkan permohonan maaf jika kenyataannya menimbulkan rasa kurang selesa terutamanya kepada Farid, dan menjelaskan tentang jarak komunikasi antara mereka.

Ads

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf jika kenyataan saya itu membuatkan dia berasa kurang selesa sehingga terpaksa membuat penjelasan bagi pihaknya pula.

“Saya cuba sehabis baik untuk tidak menimbulkan perasaan atau isu yang tidak bagus,” katanya lagi.

Diana juga memberi respon berkenaan kenyataan Farid bahawa mereka tidak lagi berkomunikasi sejak lebih setahun.

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

Ads

“Mungkin sebab itu juga saya memilih untuk meletakkan jarak dalam bab komunikasi. Bila kita nak lalui satu perjalanan yang baharu, ia memerlukan masa untuk kita menyesuaikan diri.

“Mungkin satu hari nanti kami akan berkomunikasi semula. Namun, ketika ini, biarlah kami bertenang dan mencari rentak kehidupan sendiri,” katanya.

Walau hubungan mereka sudah berakhir, Diana menegaskan, dia tidak pernah menghalang hubungan antara Farid dan anak-anak mereka.

“Dalam Perkahwinan, Orang Yang Rapat Ialah Suami,” – Respon Diana Danielle, Ulas Isu Komunikasi Dengan Farid Kamil

“Fokus utama sudah tentulah pada anak-anak. Saya rasa lebih baik komunikasi di antara Farid dan anak-anak dilakukan secara terus agar tidak timbul isu saya mempengaruhi mereka.

“Jika Farid ada perancangan bersama anak-anak, dia boleh tanya secara terus. Saya pula akan lebih fokus pada jadual sekolah.

“Dia tetap bapa kepada anak-anak saya. Saya tidak meletakkan sebarang halangan untuk mereka berjumpa,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads