Pelakon Suriati Baharom meluahkan rasa terharu apabila bakat seninya kini diwarisi anak perempuannya, Camelia Natasya, yang berjaya melangkah sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2025.

Menurut Suriati, 53, Camelia merupakan satu-satunya cahaya mata yang menunjukkan minat dalam bidang lakonan, sekali gus mengimbau kembali kenangan ketika dirinya aktif dalam dunia hiburan.

“Saya sangat bangga dia boleh menyambung dan mewarisi bakat saya di arena seni. Dalam keluarga, dia sahaja yang berminat dalam bidang lakonan dan seni.

“Jadi bila ada seorang anak seperti ini, saya teringat ketika zaman saya muda dahulu, sewaktu aktif membintangi drama, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk kembangkan bakat yang dia ada,” katanya ketika ditemui pada sidang media Dewi Remaja 2025 yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara pada Rabu.

Suriati turut mendedahkan bahawa minat Camelia terhadap dunia lakonan sudah mula terserlah sejak zaman sekolah.

Ads

“Sejak di bangku sekolah lagi, dari tingkatan lima dia sudah tunjukkan minat berlakon.

“Malah, dulu masa saya jalani penggambaran drama, dia pun ikut dan pernah bawa watak budak kecil,” katanya lagi.

“Dalam Keluarga, Dia Saja Yang Berminat Dalam Seni,” – Anak Jadi Finalis Dewi Remaja 2025, Suriati Baharom Syukur Bangga

“Dalam Keluarga, Dia Saja Yang Berminat Dalam Seni,” – Anak Jadi Finalis Dewi Remaja 2025, Suriati Baharom Syukur Bangga

Ads

Nafi Guna ‘Nama Emak’

Dalam pada itu, Camelia menepis tanggapan bahawa kejayaannya sebagai finalis Dewi Remaja 2025 disebabkan statusnya sebagai anak selebriti.

Camelia menjelaskan, peluang yang diterima ini adalah hasil usaha sendiri serta bakat yang dimilikinya dalam bidang lakonan.

“Saya rasa ini bukan mudah. Kita kena ada usaha, kalau tiada bakat dan kerja keras orang akan menyampah apabila di set penggambaran.

“Saya tetap kena tahu ilmu, pergerakan dan reaksi dalam lakonan. Jadi bila orang cakap (emak artis), saya tak setujulah sebab bukan mudah dia dalam industri ini, banyak juga cabaran,” katanya.

Ads

Camelia yang juga anak kepada pengarah Khir Mohd Noor pernah membintangi dua filem iaitu Miimaland dan Banglo No 99, selain beberapa drama serta telefilem.

Selain Camelia, seramai 11 lagi peserta turut bersaing merebut gelaran juara Dewi Remaja 2025 termasuk Dheper, Nylea, Marisa, Elisa Chew, Teya, Suhaila, Ariana, Ellysa Ramlee, Sharmaine, Nelysa Kay serta Fittri.

Dewi Remaja 2025 akan mula bersiaran pada 10 Oktober ini, jam 10 malam di Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan Sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Pelakon Suriati Baharom meluahkan rasa terharu dan bangga apabila melihat bakat seninya kini diwarisi anak perempuannya, Camelia Natasya 🌸. Lebih manis lagi, Camelia berjaya melangkah ke pentas besar sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2025, sesuatu yang membuatkan hati seorang ibu sarat dengan rasa syukur dan bahagia 👏🏼✨ . Menurut Suriati, 53, Camelia ialah satu-satunya cahaya mata yang menunjukkan minat mendalam terhadap dunia lakonan 🎬. Situasi itu sekali gus mengimbau kembali kenangan indah ketika dirinya suatu masa dahulu aktif mewarnai dunia hiburan, dan kini dapat melihat legasi seni itu diteruskan oleh anak tersayang. 💖🥹 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads